Remy Ishak Terpaksa Upah Pengawal Peribadi Takut Diancam VIP
Pelakon Remy Ishak ini akui keselamatan dirinya agak terganggu apabila seorang wanita berstatus VIP cuba menjatuhkannya malah pernah mengugut bunuh terhadapnya.
Kini pelakon ini terpaksa mengupah pengawal peribadi sementara menunggu siasatan pihak polis untuk menjaga keselamatannya.
Kes melibatkan dirinya dan juga VIP tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis dan belum lagi selesai.
Ini komen Remy:
“Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan. Saya tidak tahu statusnya kerana masih dalam siasatan polis. Terus-terang saya tidak selesa bergerak ke mana-mana kerana benda belum selesai.
Polis masih buat siasatan dan saya kena sabar menanti”
“Selagi tidak selesai ia mengganggu banyak perkara,”
Selain diugut bunuh, rumah Remy Ishak juga sebelum ini telah diserbu oleh pihak polis kerana telah mendapat aduan bahawa terdapat bahan terlarang di rumahnya.
Namun ternyata tiada sebarang unsur jenayah dijumpai di rumahnya oleh pihak polis. -PENMERAHDOTCOM
The post Remy Ishak Terpaksa Upah Pengawal Peribadi Takut Diancam VIP appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2dc7ihd
via IFTTT