Sunday 25 September 2016

Mengejutkan!! Pelakon Ditahan Miliki Dadah Dan Senjata

Pelakon Ditahan Miliki Dadah Dan Senjata

ditahan

Seorang pelakon di Malaysia, Aidil Aziz ditahan kerana disyaki memiliki dadah dan senjata berbahaya.

Pelakon ini ditahan bersama dua lagi rakan iaitu Omar Sayeed dan pekerja pengurusan IT warganegara Fillipina, R.Guevara Cortez.

Mereka ditahan di sebuah rumah di Jalan Ampang pada jam 12.40 tengahari, Ahad.

Kini suspek telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju untuk siasatan.

Pasukan risikan telah merampas beberapa pokok yang ditanam dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca yang disyaki ganja serta satu bekas pengisar mengandungi dedaun kering disyaki daun ganja.

Antara barangan lain yang turut ditemui ialah lampu spotlight, baja, penyembur air, biji benih pokok ganja.

Sementara itu, beberapa senjata berbahaya juga telah ditemui.

Tujuh bilah pedang samurai, 21 bilah pisau, tiga buku lima, empat pucuk pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak merupakan antara senjata ditemui.

Sehelai vest Polis Diraja Malaysia turut dirampas.

Nilai rampasan di kediaman itu dianggarkan bernilai hampir RM25,000.

Kini kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 6B AKta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

imageresize

The post Mengejutkan!! Pelakon Ditahan Miliki Dadah Dan Senjata appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2d2pGbE
via IFTTT