Sunday 18 September 2016

Cat Farish Sah Bercerai, Kini Tampil Dedah Punca Penceraian

Cat Farish Sah Bercerai, Kini Tampil Dedah Punca Penceraian

cat-cerai

Penyanyi dan pelakon, Cat Farish kini telahpun mengesahakn penceraian dengan isterinya bernama Hartiny sejak April lalu.

Malah penyanyi yang popular ketika besama kumpulan Ruffedge ini mengakui dia yang menjadi punca perceraian dengan isterinya setelah sembilan tahun berkahwin.

Cat  akui, penceraian itu terjadi akibat kesilapannya sendiri yang banyak mengabaikan rumah tangga dan terlalu fokus dengan kerjaya.

Ini komennya:

“Benar kami sudah bercerai…tetapi dengan cara yang baik,”

“Apabila sudah tiada persefahaman dan masing-masing mula ego, bercerai adalah jalan yang terbaik untuk kami.

“Apa pun saya tidak menyalahkan bekas isteri, malah selepas bercerai banyak perkara berlaku yang menyedarkan diri saya,”

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2007 dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 9 tahun, Eva Latheefa, 6 tahun, dan Qul Iskandar, 5 tahun. -PENMERAHDOTCOM

The post Cat Farish Sah Bercerai, Kini Tampil Dedah Punca Penceraian appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2co9N0l
via IFTTT