Doktor Rawat Haron Din Di USA, Prof Alan Yeung Menangis Terkenang Arwah
Anak perempuan Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Dr Huda Haron memberitahu doktor yang merawat bapanya, Prof Alan C Yeung dari Pusat Perubatan Universiti Stanford telah mengalirkan kerana terkenangkan bapanya.
Huda Haron berkata, Dr Alan yang dikenali oleh Haron Din sejak 16 tahun lalu, telah banyak kali menitiskan air mata sejak pemergian bapanya.
Selain itu, Prof Alan menyifatkan Allahyarham bapanya itu sebagai pesakit beliau yang paling baik dan gigih dalam apa juga keadaan.
Menurut anak perempuan Haron Din ini lagi, Prof Dr Alan sering bersama keluarganya sepanjang detik-detik cemas dan getir mereka ketika berada di Amerika Syarikat.
Huda memberitahu perkara berkenaan menerusi satu perkongsian di laman sosial miliknya.
Ini tulis Huda:
Dr Alan Tanya Khabar, Menangis
“Oh ya nak beritahu Baba…Dr Alan Yeung setiap hari tanya khabar kami. Semalam dia hantar pesanan, minta izin nak ziarah Baba. Dia minta nombor telefon dan alamat e-mel kami, tidak mahu putus hubungan katanya dan berharap pertalian kekal bertanya khabar.
“Dia kata, Baba pesakitnya yang paling baik dan paling gigih dalam apa jua keadaan. 16 tahun dia kenal Baba dan rapat kita dah macam keluarga. Banyak kali matanya bergenang dan menitiskan manik-manik jernih. Dia menangis Baa…banyak kali,”
“Dia tidak pinggirkan kami. Malah pakar-pakar lain yang merawat Baba memuliakan Baba.
“Rakaman penghargaan untuk semua yang merawat dan terlibat dalam ikhtiar rawatan Baba terutama Prof Alan C Yeung dan Dr Joe Hsu dari Pusat Perubatan Universiti Stanford.
“Tidak dilupakan seluruh jemaah Pakar Kardiologi di IJN (Institut Jantung Negara) serta jururawat-jururawat terutama Datuk Amin, Tan Sri Rob, Dr Yap dan Dr Rima,”
Akan Jaga Mama
“Baba jangan risau, kami lima beradik bersama anak menantu berjanji sepenuh hati akan menjaga kebajikan mama seperti yang Baba pernah perlihatkan kepada kami. Mama sangat kuat dan tabah Baa…Lebih kuat daripada yang kami sangka, lebih kuat daripada kami berlima.
“Mama yang mendakap dalam pelukan hangatnya menyabarkan kami. Mama yang mengingatkan kami berkali-kali tika terasa ingin meraung dan melalak seperti tiada iman. Tenang raut wajah mama memberi kami kekuatan menggagahi saat paling kemuncak,”
Allahyarham Haron Din, Mursyidul Am PAS telah meninggal dunia kira-kira jam 10.05 pagi Jumaat lalu pada usia 76 tahun di California.
Puncanya ialah akibat dari komplikasi masalah penyakit jantung yang kritikal.
Jenazah telahoun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Santa Clara.
Takziah buat keluarga, mari doakan, Al Fatihah. -PENMERAHDOTCOM
The post Doktor Rawat Haron Din Di USA, Prof Alan Yeung Menangis Terkenang Allahyarham appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2cF3okq
via IFTTT