Monday, 19 September 2016

Perangai Kakak Ipar Aku Ni Mengalahkan Watak Drama TV3

Perangai Kakak Ipar Aku Ni Mengalahkan Watak Drama TV3

kak-ipar

Manusia ni memang ada macam ragam. Selalunya selepas kahwin pelbagai ragam yang tak diketahui akan muncul.

Ini merupakan satu kisah benar yang diluahkan oleh seorang wanita di IIUM Confession tentang perangai kakak iparnya yang entah apa-apa mengalahkan watak drama TV3.

Jom baca kisah ini:

Keluarga Foreigner

Hi. Aku tulis confession ni sebab aku sakit hati dan aku rasa ni je cara terbaik untuk luahkan rasa sakit hati aku ni.

Aku berkahwin dengan seorang foreigner. Dan husband aku ni tinggal dengan family dia kat Malaysia. Aku takde masalah dengan family dia. Semua okay. Layan aku macam family sendiri.

Cerita ni pasal bini abang sulung husband aku. Senang cerita panggil J jelah ea. J ni bukan orang Malaysia jugak. Dia ni dari negara P. Negara jiran je yang ramai datang Malaysia sebagai orang gaji. J ni dah kawin untuk kali yang ke-3.

Kisah Malang Abang Ipar

Meh aku nak cerita.

Abang ipar aku ni sebenarnya dah ada isteri kat negara dia. Ada anak dua orang. Recently kitorang bawak mak ayah mertua aku tinggal kat Malaysia. Yelah sebab dah tua kan. So diorang nak jaga lah. Aku pun happy. Aku panggil abang ipar aku ni as K.

K ni dengan bini pertama dia dah tak ngam. Dah kawin sepuluh tahun. Tapi rasa sayang tu dah takde. Dia dah lama nak ceraikan bini pertama tapi kena ugut yang dia takkan dapat jumpa anak anak dia lagi. So dia hold kan dulu niat untuk bercerai.

Kat Malaysia dia jumpa si J ni. Kerja satu tempat. Dulu diorang kawan je. Sebab si J ni selalu bercerita problem rumah tangga dia kat K.

J ni suami pertama dia orang dari negara dia. Ada dua orang anak. Mula mula aku okay je dengan dia. So dia cerita kat aku yang pertama tu tak kahwin pun. Dapat anak je dua orang tapi laki tu taknak kahwin dengan dia.

Kakak Ipar Gedik

Husband aku ni awal awal lagi tak suka J. Sebab dia ni gedik. Haha. So aku cerita la kat husband aku ni cerita yang J cerita kat aku. Husband aku pun apa lagi ambik peluang bagitau abang dia. Abang dia terus tanya J. Tau J cakap apa? J bagitau K yang dia kahwin dengan lelaki tu cuma tak daftar je. What? Penipu betul. Start dari tu aku sedar dia ni tak boleh dipercayai.

Move kepada suami kedua dia. Orang Malaysia. Chinese mixed Indian. Diorang stay as husband and wife dalam 6 tahun. Ada anak sorang. So in total J ni ada 3 orang anak. Umur dia 28 sekarang and berlagak macam orang bujang.

Dia ada problem dengan laki kedua dia ni lepas dia start kerja. Yelah dah mula balik lambat apa semua kan. Dia mula kawan dengan K sebab K concern la tengok dia asyik sedih kat office. Dah asyik mengadu domba, mungkinlah terjatuh cinta. So makin rancak la J ni dok cerita buruk pasal suami dia dekat K. Makin simpati la K kat dia.

Family Mertua Tak Berkenan

Family mertua aku memang tak berkenan. Sebab kitorang banyak cerita perangai si J ni. Tapi sebab K ni nak sangat kat J, diorang pon okay jelah. Dah ko nak sangat kan.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu pagi pagi aku tengok J ada kat rumah kitorang. Masa tu parents in law aku belum datang Malaysia. K pun ada dengan dia. J rupanya lari dari laki dia sebab kena pukul malam sebelumnya. Kes kena pukul? Sebab balik lambat. Dalam pukul 1 pagi tak tahu pergi mana.

Lepas dari haritu,J duduk kat rumah kitorang. Makin menyampah lah aku dgn husband aku kat si J ni. Lepas tu diorang kawin. Dalam 3 bulan lepas J ni bercerai dengan laki kedua dia. So ni perkahwinan ketiga dia. K ni macam buta. Macam dah tak nampak buruk si J ni.

Sejak dia tinggal dengan kitorang, tak pernah sekali pun dia buang sampah, masak, kemas rumah. Kadang kadang je basuh pinggan. Mop lantai jangan harap lah.

The best part, dia cuma buat kerja bila K ada kat rumah je. Aku tahu la sebab aku pun duduk rumah yang sama. Dia cuma keluar dari bilik bila nak makan je. Kadang kadang siap suruh K ni buatkan air lah apa lah. K ni macam kena pukau. Tapi aku confirm tak sebab kadang kadang diorang gaduh jugak. Huhu

Pindah Rumah Baru

Sekarang kitorang dah pindah rumah baru. Lagi besar dari rumah sebelum ni. Parents in law aku pun ada. Bini abang kedua laki aku pun ada. Akak ipar aku yang sorang lagi ni rajin. Aku? Dah orang Malaysia, faham jelah macam mana. Malas nak cerita panjang. Hehe.

J ni sejak kitorang pindah rumah baru, dia jadi makin naik lemak. Okay master bedroom ada kat tingkat 3. At first sepatutnya aku dengan laki aku yang duduk kat master bedroom tapi sebab K ni cakap dia nak ruang besar untuk melukis, okay takpelah kitorang ambik bilik lain. J ni bajet macam princess la kan sebab dapat bilik besar alam.

Sejak pindah rumah baru, dia jadi makin malas. Kalau hari dia tak kerja, even dia ada kat rumah pun macam takde kat rumah. Turun bawah pergi dapur sebab nak bancuh kopi. Pastu naik atas balik. Makan? Kan aku dah cakap. Dia ni malas masak. So dia sanggup tak makan sebab taknak masak.

Tak Reti guna Penyapu

Ada sekali tu mak mertua aku mintak dia tolong sapu sampah kat dalam rumah. Yelah baru pindah kan. Mestilah berhabuk. Ko tahu apa dia cakap? “Sorry mummy, i don’t know how to use broom. I only use vacuum”. Lepas tu naik atas bilik. Weiii, dah tak practice memang la tak pandai. Sakit betul hati aku. Boleh dia cakap macam tu kat mak mertua?

Dia pernah cakap kat aku “babe, cooking is not my department. But i’m good in cleaning things”. Tapi kerja satu hapah pun tak buat. Good in cleaning things tapi tak pernah nampak pun dia mop lantai basuh pinggan bagai. Tapi bila K ada kat rumah, tiba tiba rajin turun bawah lepak dengan semua orang. Tiba tiba baik je cakap “Hello mummy hello daddy”.

Pasta Punya Pasal

Minggu lepas K ada cakap kat aku yang dia nak makan pasta. Aku pon okay la nanti aku masak. Lepas tu J ni acah acah la gi kat aku then cakap “It’s okay babe. I will cook.”

Masa tu aku ada masak masakan melayu. J memang suka masakan melayu ni. Aku pun cakap “okay let me finish cooking and I will call you. We eat together. Dia naik atas and K balik office semula. Few hours later aku pun fikir si J ni nak masak ke tak. Tadi beria cakap nak masak pasta. Aku gi ketuk pintu bilik, rupa rupanya dia tidur. Okay aku faham la maybe dia penat. Aku pun kerja jugak derrr..

Lepastu aku tanya la dia.”are you going to cook the pasta?”. Tahu apa dia jawab? “But will K eat or not? Because mummy have already cook another dishes right?”. Masalahnya laki ko nak pasta. Masak jelah.

Masa tu aku ajak jugak dia turun bawah makan dengan aku. Dia suruh aku makan dulu. Aku baru je nak makan. Dia call aku. Wei dia call aku wei. Even dalam satu rumah. Punya lah pemalas. Dia cakap dia dah call K and K mmg nak makan Pasta.

Penat Nak Masak

Dia suruh aku masak sebab dia penat. Pergghhhh panas aku. Aku malas nak bergaduh depan mak ayah mertua. So aku pun masak. Nasib baik masak pasta ni senang. Laki aku dah angin je. Mak mertua aku tengok muka aku berubah. Yelah aku baru nak makan, dah terbantut sebab kena masak balik. Kalau aku tahu baik aku masak je awal awal. Tak payah tunggu si J tu.

Lepas tu K sampai rumah. K naik atas lah nak jumpa bini kesayangan dia tu. Pastu elok je turun bawah sama sama dengan K. Lepas tu paling best, dia makan pulak makanan yang aku masak. Ehhh tau lapar? Dah lah takde cakap terima kasih aku dah masakkan untuk laki dia. K ni baik dengan aku. So K lah yang cakap thank you.

Next day bapak mertua aku ada lah complain kat K pasal perangai si J ni. Tahu apa K cakap? K cakap J buat je kerja. Dia tengok J okay je masuk dapur apa semua. Ni bukan kali pertama kitorang complain pasal J. Tapi K macam tak nampak. Aku pun tak tahu nak buat apa dah.

Yang aku tahu memang semua orang annoying dengan J tapi J ni pandai ambik hati orang. Kecuali aku.

Kemuncak

Hari ni aku punya rasa annoying tu dah sampai kemuncak. Sebab apa? Okay Aku, husband, J and K kerja company sama. J tak pandai drive kereta or even bawak motor. So harini J sepatutnya pergi kerja dengan laki aku naik LC. Hihi. Laki aku ada superbike tapi abang no 2 dia dah bawak pergi kerja. So laki aku bawak LC. K bawak kereta sebab dia kerja awal. Dia ni punya berlagak queen, suruh K balik rumah untuk ambik dia. Dia taknak naik motor dengan laki aku. Ko apahal??? Aku dah menyirap je. Alasan dia, sebab dia pakal heels. So what? Ko dah tau kena naik motor tak payah la pakai heels.

Dah la tak jaga makan minum K. Menyusahkan K. Aku dengan laki aku selalu fikir macam mana nak get rid of J ni.

Kesian kat si K ni sebab bini pertama jenis psycho, bini kedua pulak drama queen. Bapak mertua aku pun tak suka tapi dia tak tunjuk.

Sekarang ni J tak bercakap dengan aku. Aku pon tak tahu kenapa. Aku mengadu kat laki aku. Laki aku cakap “Good then. You don’t need to talk to her. She’s just a b*****.” haaa tahap marah laki aku tu. Haha

Dia panggil bini pertama K as Witch. Dia ni pulak apa?

Okay sekian.

– Sha

The post Perangai Kakak Ipar Aku Ni Mengalahkan Watak Drama TV3 appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2d43flM
via IFTTT