Wednesday 21 September 2016

TERKINI: Pelajar Form 3 Ditarik Dan Diculik 2 Lelaki Bermotosikal Ketika Hendak Ke Sekolah

TERKINI: Pelajar Form 3 Ditarik Dan Diculik 2 Lelaki Bermotosikal Ketika Hendak Ke Sekolah

culik

Dua lelaki menaiki motorsikal dilaporkan telah melarikan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Kejadian berlaku 7 pagi pagi tadi ketika gadis berumur 15 tahun, Nur Darleen Dazeera Azhar keluar dari rumahnya di Jalan Suasana 4/2, Bandar Tun Hussein Onn untuk ke sekolah di hadapan rumahnya

Menurut cerita bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin, kejadian berkenaan telah dilihat pemandu van dan rakan-rakannya yang berada di dalam kenderaan itu namun mereka tidak sempat berbuat apa-apa.

Ini komennya:

“Dia (Nur Darleen) sepatutnya menaiki van itu ke sekolah. Bagaimanapun, pagi tadi dia dilihat ditarik dua lelaki bermotosikal dan dia duduk di tengah-tengah kenderaan itu.

“Pemandu van dan rakan-rakannya nampak dia seperti melambai ke arah mereka tetapi, lelaki yang menunggang motosikal itu dikatakan memarahinya kerana berbuat demikian,”

Satu laporan polis telah dibuat oleh pihak keluarga mangsa.

14344912_1172008006190969_8167004531761862307_n

Jika orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi En Jalal 0102709043 atau balai polis terdekat.

UPDATE: Sehingga kini jam 2 petang, remaja berkenaan masih belum dijumpai. -PENMERAHDOTCOM

The post TERKINI: Pelajar Form 3 Ditarik Dan Diculik 2 Lelaki Bermotosikal Ketika Hendak Ke Sekolah appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2cEKioY
via IFTTT