Friday 23 September 2016

Tak Boleh Bersemuka !! Izreen Azminda Umum Tak Akan Berlakon Dengan Amar Baharin Lagi

Tak Boleh Bersemuka !! Izreen Azminda Umum Tak Akan Berlakon Dengan Amar Baharin Lagi

 

zren

Pelakon cantik Izreen Azminda baru-baru ini telah membuat satu pengumuman yang mengejutkan ramai. Izreen kini mendedahkan dia tidak akan berlakon bersama Amar Baharin lagi selepas ini.

Ini komen Izreen:

Tolak Berlakon Kalau Ada Amar

“Saya memang dah tak mahu berlakon dengan Amar Baharin. Setiap tawaran saya akan tanya produser dahulu siapakah pelakon lelakinya, kalau Amar memang saya tolak.

“Saya tak suka nak propa atau menipu diri sendiri. Saya cakap terus terang kerana saya tak boleh berdepan dengan lelaki yang pernah beri impak dalam hidup saya,”

Dah Tak Boleh Bersemuka

“Saya rasa Amar pun tahu prinsip dan pendirian ini. Saya tiada masalah dengan bakal isteri dia. Hanya dengan Amar sahaja saya dah tak boleh bersemuka. Orang akan cakap saya tak profesional tetapi ini pendirian saya.

“Saya bukan berdendam cuma dah tak mahu ada kaitan dengan Amar lagi,”

Ada Lelaki Cuba Dekati

Sementara itu, Izreen akui ada lelaki yang cuba dekati dirinya malah lelaki itu jauh lagi muda dari dirinya. Namun baginya, apa yang penting adalah lelaki tersebut dapat menerima diri dan juga anaknya.

“Ada yang lebih muda cuba mendekati saya, cuma kalau boleh saya ingin lelaki yang ikhlas menerima saya seadanya di samping menyayangi saya dan anak sepenuh hati,”

Sebelum ini sekitar tahun 2014, pelakon Amar Baharin dan Izreen Azminda dilihat amat rapat sehingga pernah dikatakan mempunyai hubungan bersama. Mereka berdua pernah berlakon bersama dalam drama bersiri popular “Kerana Terpaksa Aku Relakan”.

Kini Amar Baharin dan Izreen telahpun ‘move on’ dengan kehidupan masing-masing dan Amar juga telah mengumumkan bakal berkahwin dengan pelakon jelita Amyra Rosly. -PENMERAHDOTCOM

The post Tak Boleh Bersemuka !! Izreen Azminda Umum Tak Akan Berlakon Dengan Amar Baharin Lagi appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2cOd7Bw
via IFTTT