Wednesday, 21 September 2016

Minta Derma, Ada Ibu Bapa Ambil Kesempatan Buat Duit Dengan Masalah Kesihatan Anak

Minta Derma, Ada Ibu Bapa Ambil Kesempatan Buat Duit Dengan Masalah Kesihatan Anak

derma

Kini memang sering dilihat orang meminta derma dan mahu meminta pertolongan dengan menjadi viral di laman media sosial. Memang ada yang betul-betul memerlukan bantuan kerana mereka kesempitan kewangan.

Namun ada juga yang jenis suka mengambil kesempatan dan membuat duit mudah dengan meminta derma dan menggunakan masalah kesihatan anak sendiri.

Ini luahan dari seorang Dr bernama Hana

Jom baca:

AMBIL KESEMPATAN ATAS SIFAT PEMURAH

Saya perhatikan bagai ada trend dimana minta derma dah jadi biasa. Adakah saya yang terlalu sensitif atau masyarakat dah hilang sifat malu?

Ada pesakit kanser yang tolak rawatan hospital kerajaan kerana nak cuba rawatan alternatif. Tetapi rawatan tersebut gagal (seperti biasa) lalu kansernya bertukar jadi tahap 4. Dia dah malu untuk ke hospital kerajaan lalu pergi ke hospital swasta. Oleh kerana dia tiada wang, juga tiada insuran maka dia sekeluarga memohon derma.

Ada pesakit yang sengaja tak mahu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan tetapi mahukan hospital swasta kerana malas menunggu lama. Malangnya dia tiada duit. Lalu dia mohon derma dengan mengatakan hospital kerajaan tiada kepakaran padahal dia sendiri yang kurang sabar.
Ada juga jenis ibubapa yang mencari pendapatan melalui kecacatan anak mereka. Anak itu sebenarnya dah stabil menerima rawatan hospital. Bukan saja kos rawatan ditanggung penuh malah dah dapat bantuan pun daripada beberapa badan NGO. Tapi ibubapa ini tetap merayu-rayu memohon derma seolah-olah tak pernah dibantu. Apabila disiasat rupanya duit derma yang dikumpul selama ini dah berkepuk-kepuk hingga boleh ubahsuai rumah dan beli kereta baru!

STUDIO LAKONAN

Pernah seorang NGO memberitahu tentang lakonan sebuah keluarga yang hidup mewah melalui derma. “Studio lakonan” mereka adalah sebuah rumah buruk milik mereka. Setiap kali ada orang ingin menyampaikan derma, mereka akan segera ke lokasi tersebut iaitu rumah lakonan mereka.

Suaminya akan memindahkan semua barang derma pagi-pagi buta dengan kereta ke rumah baru mereka. Bertahun-tahun mereka hidup mewah hinggalah satu hari ditangkap. Berhenti sekejap namun tak lama selepas itu tukar modus operandi pula.

MEMANG ADA YANG BETUL MEMERLUKAN

Saya faham jika benar-benar bantuan derma diperlukan. Contohnya tak mampu nak beli prosthesis atau implant semasa menjalani rawatan di hospital kerajaan. Ataupun jenis pembedahan yang tak boleh nak tunggu lama seperti pembedahan jantung bayi. Ok lah macam tu.

Alasan tiada kepakaran di hospital kerajaan sebenarnya tak boleh diterima kerana semua disiplin kepakaran ada di hospital kerajaan. Hampir semua rawatan adalah disubsidi oleh kerajaan; malah kalau ada sebahagian rawatan pesakit tak mampu bayar, mereka akan dirujuk kepada badan kebajikan.
Ironinya yang beri derma kebanyakannya orang biasa yang kurang berkemampuan juga dan mereka sendiri pun mendapatkan rawatan dari hospital kerajaan.
Umpama ada bas percuma disediakan namun orang ini memilih untuk menyewa kereta BMW. Dia tahu yang dia tak mampu, lalu memohon derma. Yang beri derma pula ialah penumpang bas percuma tadi.

Alahai…

Benar tetap ada pahala bagi yang mengeluarkan derma walau si penerima menipu. Namun dengan sikap menderma tanpa rasa tanggungjawab, dikhuatiri kita akan terlepas pandang mereka yang benar-benar memerlukan.

PESANAN KHAS

-Pesakit kanser haruslah berjaga-jaga kerana ramai nanti yang akan mengambil kesempatan diatas musibah anda. Daripada tok bomoh, perawaf alternatif sehinggalah ke ahli skim MLM yang jual suplemen mahal konon boleh menyembuh pelbagai penyakit. Percayalah, ubat alternatif tu TIPU BELAKA. Dah banyak kami saksikan sendiri penyesalan pesakit kanser yang datang semula pada tahap 4 akibat percayakan rawatan sebegitu. Nak makan suplemen makan lah, asal jangan ditinggal atau ditangguhkan rawatan hospital.

-Usah malu untuk kembali mendapatkan rawatan di hospital kerajaan jika pernah tolak rawatan kami suatu masa dulu. Kami takkan marah atau perli. Datang ajelah.

-Belilah insuran kesihatan/ kad perubatan jika sedari awal tak berkenan nak tunggu lama di hospital kerajaan. Bila sakit boleh terus ke hospital swasta. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

-Bertaubatlah jika pernah mengambil kesempatan atas kemurahan hati rakyat Malaysia. Kita semua ada kubur nak dituju dan ada Tuhan untuk diperhitung setiap perlakuan. (Hana Hadzrami)

Perkongsian doktor ini mendapat perhatian ramai yang bersetuju dengan poin-poin nya. Kadangkala memang banyak jenis orang yang suka mengambil kesempatan ini. -PENMERAHDOTCOM

The post Minta Derma, Ada Ibu Bapa Ambil Kesempatan Buat Duit Dengan Masalah Kesihatan Anak appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2dabEIO
via IFTTT