POLAND: Tindakan Pihak Jabatan Perhutanan yang meninggalkan kamera tersembunyi untuk menangkap gambar haiwan liar nampaknya telah berjaya menangkap kelibat kelibat seorang lelaki berbogel yang bergerak seperti seekor harimau, lapor Dailymail.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Marek H yang berasal dari Republik Czech dikatakan telah berlegar-legar di hadapan kemera berkenaan yang diletakkan jauh di dalam hutan.
Dia dikatakan melakukan aksi berkenaan dalam separa sedar selepas mengambil sejenis ubat penenang dikenali sebagai LSD secara berlebihan menyebabkan fikirannya mengalami halusinasi.
Pihak perhutanan yang mengambil kamera berkenaan untuk meneliti rakaman nyata terkejut melihat 'harimau jadian' berkenaan dan mereka telah menyerakah pita rakaman kepada pihak polis.
Pihak polis telah berjaya menahan Marek yang baru berusia 21 tahun berkenaan, dia mengaku telah mengambil dadah LSD secara berlebihan, katanya selepas menggunakan dadah berkenaan dia merasakan dirinya seolah-oleh seekor Harimau Siberia.
Semasa berkhayal, dia menyatakan dirinya ketika itu adalah diri sebenarnya dan berhubung dengan Harimau Siberia yang lain.
Dalam masa lapan jam dia 'menjadi' harimau Siberia, lelaki berkenaan telah merangkak sejuah 15.5 batu di sepanjang sempadan hutan Poland.
Beliau bagaimanpun hanya didenda kerana pihak berkuasa tidak menemui apa-apa jenis dadah padanya.
Sumber: Siakap Keli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2h8UoUf
via IFTTT