Saturday, 31 December 2016

10 Cedera Terkena Bunga Api Tahun Baru Di Klang

10 Cedera Terkena Bunga Api Tahun Baru Di Klang

bungaaa

Sekurang-kurangnya 10 pengunjung cedera selepas terkena letupan bunga api ketika sambutan ambang tahun baru 2017 malam tadi.

Kejadian berlaku di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

Orang ramai bertempiaran lari selepas bunga api yang digunakan untuk pertunjukan itu meletup terlebih dulu di atas tanah sebelum sempat ke udara.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya dimaklumkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di kompleks berkenaan.

Ini kenyataan Bomba:

“Kami menerima panggilan pada 12.10 tengah malam. Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi.

“Tujuh mangsa melecur di kaki manakala tiga lagi mangsa terpaksa dibawa ke Hospital Tengku Ampun Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan selanjutnya,”

Ini pula komen dari saksi bernama Faiz:

“Ketika saya tiba, acara pertunjukan bunga api itu hampir habis. Tiba-tiba saya ternampak orang ramai berlari ke satu arah menyebabkan saya bergegas melihat apa yang berlaku.

“Selepas menyedari berlaku letupan bunga api dan terkena beberapa pengunjung, saya segera merakamkan gambar,”

“Saya dimaklumkan, dua kotak berisi bunga api itu sudah dibakar manakala satu lagi kotak belum sempat dibakar apabila letusan bunga api itu bercabang dan terpercik secara mendatar.

Tiada kecederaan serius dilaporkan. Kes sedang disiasat. -PENMERAHDOTCOM

The post 10 Cedera Terkena Bunga Api Tahun Baru Di Klang appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2iqnNIe
via IFTTT