Saturday, 10 December 2016

Korang Berisiko Kena Sakit Jantung Kalau Tiada Bulu Jari Kaki. Serius lah?


Mungkin ada yang rasa geli atau malu bila memiliki bulu di jari-jari kaki. Tapi, tahukah anda sebenarnya bulu di jari kaki menunjukkan tahap kesihatan jantung kita.

Bulu di jari kaki boleh menjadi tanda bahawa edaran darah dalam tubuh badan berkerja dengan baik. Menurut seorang pakar bedah vaskular di Barts Health NHS Trust, Constantinos Kyriakides menjelaskan kepada Daily Mail bahawa anda tak perlu untuk merasa malu jika mempunyai bulu di jari kaki.

Bulu di jari kaki menandakan bekalan darah ke otot-otot kaki adalah lancar. Kerana itu jika seseorang tidak mempunyai bulu kaki, ia mungkin berisiko menderita sakit jantung.

Tambahnya lagi, folikel rambut memerlukan bekalan darah yang cukup untuk nutrisi dan oksigen. Jika terdapat salur darah yang tersumbat, beerti oksigen kurang untuk sampai ke bahagian kaki.

Haa cuba lah check kaki korang ada bulu tak?

Sumber: Sajakongsi


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hwxrYn
via IFTTT