Kajian: Lebih Ramai Suka Makan Seorang Diri
Mesti anda pernah dengar unkapan ‘forever alone’. Ini selalu ditujukan kepada mereka yang suka bersendirian dan tiada teman.
Sudah menjadi lumrah di Malaysia ini untuk keluar beramai-ramai bersama teman-teman dan juga makan bersama keluarga untuk menghabiskan masa bersama.
Bagaimanapun, dalam satu kajian yang dibuat oleh OpenTable, kini lebih ramai suka makan sendirian.
Sebuah tempahan restoran atas talian mendakwa bilangan orang yang menempah makan malam untuk seorang sudah meningkat.
Jika dibandingkan sepanjang 2 tahun kebelakangan ini, telah berlaku peningkatan sebanyak 62 peratus.
Didapati mereka yang makan seorang diri ini tidak lagi menghiraukan pandangan orang lain.
Kini mereka lebih selesa begini kerana punyai lebih masa untuk diri sendiri dan bebas membuat pilihan makanan.
Ketua Pegawai Makanan OpenTable, Caroline Potter mendakwa bahawa makan seorang diri ini sudah menjadi sangat popular di kota metropolitan seperti di Dallas, Miami, New York, Las Vegas, Chicago dan Philadelphia.
“Makan secara solo ini adalah seperti membelanjai diri sendiri di setiap suapan yang diambil. Restoran juga selalunya mengalu-alukan kedatangan pelanggan sebegini.
“Selain itu, mereka yang makan secara solo ini juga punyai peluang untuk datang ke restoran ternama dan ia juga sudah menjadi hobi sesetengah orang,”
Itulah laporan tentang kajian dari openTable. -PENMERAHDOTCOM
The post Kajian: Lebih Ramai Suka Makan Seorang Diri appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2ijIiWO
via IFTTT