Friday, 23 December 2016

Punca Kemalangan Maut Bus Express

Punca Kemalangan Maut Bus Express Didedah

bas3
Punca kemalangan bus yang mengorbankan 14 nyawa dalam kemalangan maut di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kampung Jayor dekat sini awal pagi tadi dipercayai dipandu laju. Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob,menyifatkan siasatan awal mendapati nahas pada jam 3.45 pagi itu tidak melibatkan kenderaan lain.

Siasatan awal yang dilakukan mendapati bas ekspres Alisan Golden Coach dari JB Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur, itu terbabas ke kiri jalan dan mempunyai kesan tayar pada tanah sejauh 150 meter tanpa kesan brek dan kemudian melambung serta terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 10 meter sebelum terhenti bila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayor.

Kesan hentakan kuat itu, 12 daripada 30 penumpang serta pemandu bas berkenaan meninggal dunia serta merta manakala seorang penumpang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini. Kesemua yang maut adalah penumpang yang duduk di bahagian hadapan bas kJelas Ketua Polis Daerah Muar pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar sebentar tadi.

Seramai enam lelaki dan lapan wanita serta seorang kanak-kanak maut, manakala baki 16 penumpang cedera parah dan ringan dikejarkan ke HPSF untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Katanya, lebih 50 pasukan keselamatan dikejarkan ke lokasi membabitkan polis; bomba dan penyelamat; Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta petugas hospital dan operasi menyelamat tamat pada jam 7.30 pagi.

The post Punca Kemalangan Maut Bus Express appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2ibvEch
via IFTTT