Saturday 24 December 2016

Lelaki Maut Di Serang Sawan Ditepi Jalan

Maut Di Serang Sawan Ditepi Jalan

sawan

Seorang lelaki berumur 21, ditemui mati di tepi jalan di Persiaran Dutamas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kiaramas, Kuala Lumpur dipercayai diserang sawan kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 12.12 tengah hari yang melaporkan menemui mayat lelaki.

Setibanya anggota bertugas ditempat kejadian mereka mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya ditutup dengan kain oleh orang awam.
Punca dan hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diserang sawan.

Menurut munusamy lelaki itu yang menetap di Segambut Dalam, mempunyai rekod penyakit berkenaan sejak empat tahun lalu dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat sudah dibawa ke HKl untuk bedah siasat.

The post Lelaki Maut Di Serang Sawan Ditepi Jalan appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2hdFd8X
via IFTTT