“Pemandu Bas Hanya Rehat 3 Jam Saja” – Ujar Bapa Saudara
Ahli keluarga kepada pemandu bas kemalangan maut, Zakeer Zubir telah tampil menyatakan beberapa perkara yang menjadi persoalan.
Antaranya ialah rehat yang tidak cukup oleh pemandu bas ekspres tersebut yang turut maut dalam kemalangan di Lebuhraya Plus arah Utara Pagoh, Muar Johor semalam.
Bapa saudara mangsa, Abdul Shukoor berkata, anak saudaranya itu dipercayai hanya sempat berehat tiga hingga empat jam sahaja.
Dia ditemui media selepas majlis pengebumian Zakeer 32 tahun dan anaknya, Nur Natasya 1 tahun dalam satu liang lahad di Tapak Perkuburan Islam Masjid Hashim Yahaya Jalan Perak di sini pagi tadi.
Abdul Shukoor berkata, pihaknya juga mempertikaikan ketiadaan pemandu kedua.
Ini kenyataan bapa saudaranya: (Sinarharian)
KURANG REHAT
“Zakeer bertolak dari Pulau Pinang ke Johor pada petang Jumaat, kemudiannya tiba di Johor pada jam kira-kira 11 malam.
“Dia berehat beberapa jam sahaja sebelum meneruskan semula perjalanan ke Kuala Lumpur pada jam 2 pagi.
“Kami dari ahli keluarga mengharapkan supaya orang yang tidak tahu kisah sebenar, tidak cuba untuk membuat pelbagai spekulasi yang bukan-bukan, fikirkanlah perasaan ahli keluarga,”
TIADA PEMANDU KEDUA
“Kami mahukan jawapan, kenapa tiada pemandu kedua untuk bersama Zakeer dengan jarak perjalanan yang agak jauh,”
Ahli keluarga pemandu bas tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menguruskan jenazah.
Sebelum itu di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron mengesahkan pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara semalam tidak memiliki sebarang kesalahan dalam rekod
Berdasarkan rekod, Zakeer tidak mempunyai saman tertunggak, selain rekod bersih.
Malah Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan pemeriksaan Puspakom pemandu bas berkenaan juga masih sah dan aktif. -PENMERAHDOTCOM
The post “Pemandu Bas Hanya Rehat 3 Jam Saja” – Ujar Bapa Saudara appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2hmYTuk
via IFTTT