Thursday, 29 December 2016

Bagaimana Cara Nak Masak Nasi Agar Tak Cepat Basi? Meh Baca 7 Petua Berkesan ini


Nasi yang dimasak kebiasannya tidak boleh disimpan dengan lama. Mudah jadi melekit dan cepat basi. Bagaimana cara untuk mengekalkan nasi agar tahan lebih lama? Kami ada 7 petua untuk korang semua. Mudah sahaja, baca kat bawah ni :

1. Kena basuh hingga bersih

Kalau korang nak tahu, beras harus dibasuh banyak kali untuk mengelakkan ia cepat basi.  Jadi, apa yang perlu dilakukan, basuh beras banyak kali, cuci 2-3 kali dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar.

2. Periuk kena dicuci dengan betul

Pastikan periuk nasi dicuci dengan betul. Salah satu sebab nasi cepat basi disebabkan periuk tidak dicuci dengan betul. Periuk yang sudah berkarat atau ada kesan kotoran yang tidak tertanggal akan menyebabkan nasi yang dimasak tidak berkualiti dan cepat basi.

3. Perah limau nipis

Sebelum masak nasi, perahkan setengah biji limau nipi dalam pot beras yang sudah disukat air. Limau nipis hanya untuk mengekalkan nasi jadi tahan lama dan tidak akan menjejaskan rasa nasi,. Disamping itu, petua ini akan membuatkan nasi akan jadi lebih harum.

4. Pastikan wap nasi hilang selepas dimasak

Sejurus nasi masak, pastikan buka penutupnya. Kacau nasi supaya masak secara rata. Biarkan wap nasi keluar dan pastikan lap penutup periuk. Petua ini akan menjadikan nasi bertahan lama dan tidak menjadi lembab. Selain itu, selesai sahaja masak nasi, sila cabut plug periuk.

5. Letak secubit garam

Masukkan secubit garam dalam sukatan air. Garam akan membuatkan nasi tahan lebih lama dan jadi lebih sedap.

6. Panaskan periuk nasi atas dapur

Ada sesetengah individu akan membiarkan nasi dalam periuk hingga berhari-hari. Ini akan menyebabkan nasi jadi berair dan basi. Walaupun sudah mencuci berkali-kali, bakteria dalam periuk masih aktif. Menurut pengguna Facebook, Suaida Salehudin, korang telingkupkan sahaja periuk nasi atas dapur dan nyalakan api. Bakterian akan terbunuh dan juga membuatkan nasi akan tahan lebih lama.

7. Masak air dalam periuk nasi

Masak air dalam periuk nasi hingga mendidih, kemudian masukkan beberapa helai daun pandan. Cara ini hanya perlu dilakukan sebulan sekali sahaja,

Haaa senang je kan, lepas ni nasi yang korang masak boleh tahan sampai 2,3 hari ! selamat mencuba!

Kredit: THR Gegar


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2huq6rv
via IFTTT