Monday 26 December 2016

Polis Siasat Rakaman Video Pemandu Bas Ekspres Guna Telefon

Polis Siasat Rakaman Video Pemandu Bas Ekspres Guna Telefon

bahaya

Polis akan menyiasat rakaman pemandu sebuah bas ekspres yang memandu secara berbahaya.

pemandu bas tersebut menggunakan telefon bimbit serta merokok ketika memandu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ASP Suhaimi Ahmad berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu.

Ini termasuk meneliti rakaman video yang dimuat naik oleh individu yang merakam kejadian tersebut.

Suhaimi berkata pihaknya juga akan menghubungi syarikat bas terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang pemandu berkenaan.

Ini komennya:

“Kita akan lihat video serta gambar yang dikongsi oleh individu itu dan akan memanggil pemandu terbabit untuk disoal siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

“Kita memandang serius perkara ini dan siasatan lanjut akan dilakukan sebelum membuka kertas siasatan,”

Sementara itu, usaha mendapatkan penjelasan daripada syarikat bas terbabit juga gagal.

Dua rakaman video yang berdurasi antara 17 dan 19 saat itu dimuat naik oleh pengguna akaun Facebook yang menggunakan nama Firdaus Wong Wai Hung.

Kedua-dua video berkenaan yang menjadi viral di laman sosial.

Video dengan jelas menunjukkan pemandu mengguna telefon bimbit dan merokok, sekali gus menunjukkan sikap sambil lewa pemandu terbabit.

Firdaus mendakwa video itu dimuat naik ketika menaiki bas berkenaan dari Terminal Bersepadu Selatan pada pukul 11.30 pagi menuju ke Muar.

Sehingga pukul 9.55 malam ini, kedua-dua video itu mendapat perhatian dilaman Facebook dan telah ditonton oleh lebih 300,000 pemegang akaun laman sosial terbabit.-Bernama

The post Polis Siasat Rakaman Video Pemandu Bas Ekspres Guna Telefon appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2hni72V
via IFTTT