Wednesday 28 December 2016

(Tiada Sivik) Cari Parking Punya Susah, Nak Balik Boleh Pula Kena Macam Ni” Pemuda OKU Kecewa

(Tiada Sivik) Cari Parking Punya Susah, Nak Balik Boleh Pula Kena Macam Ni” Pemuda OKU Kecewa

okuu

Sememangnya masih ada rakyat Malaysia yang tidak prihatin terhadap orang lain. Ada yang pentingkan diri sendiri sahaja.

Ini satu kisah benar yang berlaku terhadap seorang OKU ketika berada di sebuah pasaraya di Melaka.

Menurut saudara Hafiz Hamzahari, dia baru sahaja selesai membeli barang di salah sebuah pasaraya besar di Melaka.

Sewaktu ingin kembali ke kereta, Hafiz tidak dapat memasuki keretanya, kerana kereta Axia yang parking terlalu hampir dengan keretanya.

Ini komennya:

“Dah la cari parking punya susah tadi, nak balik boleh pula kena macam ini”

“Engkau kalau hidup tak nak bantuan orang tak apa, ni ko menyusahkan orang pula, perangai manusia apa macam ini”

“Dah la main selit kat tepi tu, benda macam ini la yang buat aku malas keluar, jumpa orang yang pentingkan diri”

Berikutan itu, ramai netizen di luar sana yang marah akan tindakan pemandu berkenaan, dan meminta pihak berwajib kenankan tindakan buat mereka.

Ramai yang bersimpati dengan saudara Hafiz, dan mendoakan yang terbaik buatnya, dan berharap dia sabar dengan dugaan ini, serta dipermudahkan segala urusannya.

Kepada orang ramai di luar sana, beringatlah jangan sesekali bersikap asmbil lewa dan pentingkan diri sendiri.

Nanti kalau kena kepada diri sendiri atau keluarga sendiri baru kalian tahu apa perasaannya.

Semoga kisah ini dijadikan teladan. -PENMERAHDOTCOM

hafiz

The post (Tiada Sivik) Cari Parking Punya Susah, Nak Balik Boleh Pula Kena Macam Ni” Pemuda OKU Kecewa appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2ih3yPy
via IFTTT