Monday 26 December 2016

Coklat Daim Dan Toblerone Selamat Dimakan Orang Islam - Pengeluar


Kuala Lumpur: Pengeluar coklat berjenama Daim dan Toblerone, Mondelez International, menegaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kedua-dua coklat itu adalah sesuai dan selamat untuk dimakan oleh orang Islam.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat itu berkata biarpun produk itu dihasilkan di negara-negara yang tidak memerlukan pensijilan Halal, namun ia tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga mengeluarkan penjelasan bahawa produk makanan yang bukan pemegang sijil Halal tidak boleh dianggap tidak halal atau haram," kata syarikat itu.

Menurut syarikat itu juga, semua maklumat mengenai bahan-bahan untuk menghasilkan kedua-dua coklat terbabit tertera pada pek bungkusan dan pengguna dinasihatkan merujuk kepada pek itu.

Syarikat itu menyatakan bahawa syarikatnya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh pasaran tempatan termasuk Jakim bagi produknya memenuhi keperluan pengguna di Malaysia. - Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i0UPk2
via IFTTT