Cuba tekan bahagian atas buku lali kaki anda….kalau kulit tengelam dan lambat timbul keasalnya…. mungkin YOU ARE IN TROUBLE !!!”
Doc nak bagi tau kaki bengkak atau EDEMA adalah penumpukan cairan pada tubuh, terutama di kaki....
Berikut penyebabkan kaki bengkak. Sebelum tu doc nak anda pastikan BENGKAK SEBELAH atau KEDUA BELAH kaki anda.
A. Bengkak/Edema SEBELAH kaki je.
1. Cedera.
Kecederaan pd kaki & pergelangan kaki akan cederakan ligamen & merenggangnya melampaui batas normal yg akibat kaki bengkak.
2.Limfedema.
Keadaan ni akibat gangguan pd pembuluh lymphatik badan yg ganggu peredaran cairan pada kaki. Akibatnya cairan terkumpul & buat kaki bengkak.
3. Infeksi.
Kaki bengkak akibat infeksi terutama klu anda ada DIABETIS. Jika anda terluka…hrp Diabetis control…klu tak infeksi merebak. Mula2 Kemerahan kulit/Cellilutis >>> BERNANAH>>> GANGRENE ---> Doc potong kaki sahaja, maka spare part tinggal 1 kaki je.
4.Pembekuan darah.
Pembekuan darah di pembuluh darah kaki akan akibatkan aliran darah dari kaki ke jantung tersumbat…& buat kaki anda bengkak...
B. Bengkak kaki/Edema KEDUA belah kaki.
1. Melancung; duduk atau berdiri lama.
Duduk dlm kapal terbang atau kenderaan terlalu lama tanpa bergerak…air badan menakung dikaki krn graviti. Terasa kasut anda ketat sbb kaki dah bengkak. Angkat kaki & letak atas pillow masa tidur..kaki bengkak tadi akan ok kembali.
2.Kehamilan.
Kaki bengkak pd wanita hamil adalah normal sbb pembuluh darah besar di pangkal paha terima tekanan dari bayi dlm kandungan yg membesar. Bulan2 terakhir kehamilan umumnya akan terjadi pembengkakan kaki. Klu ada bersama darah tinggi dan protein dlm kencing….waspada le ibu mengandung ye; doc risau ibu tu akan alami PREACLAMSIA!!
3.Mengidap penyakit.
Yg ni doc kena habak sbb anda semua kena waspada lebih akan hal ni sbb klu kedua2 Kaki anda mungkin ada mengidap:
a. Penyakit Ginjal: Ketika ginjal terganggu atau tidak menjalankan fungsinya dengan baik, cairan kumpul di kaki akibatkan pembengkakan. Kdg2 kena buat dialysis.
b. Kegagalan Jantung: Bila jantung anda kurang pump dgn baik….air akan takung dlm paru2…anda terasa mcm tenggelam dlm kolam..nafas tercungap2 mcm ikan atas darat…oxigen kurang….kaki bengkak medak.
c. Rosak Hati ( Cirrhosis) dgn muka badan jadi kuning: dipanggil Jaundice. Perut penuh air…BUSUNG. Mitos kata buatan org. Kaki bengkak.
Doc nak peringat…kita tiada spare part organ2 diatas. Jaga baik2 tau.
4.Kekemahan saluran darah vena.
Terjadi krn darah tidak boleh bergerak naik dari pembuluh darah di kaki ke jantung. Ini mengakibatkan pembengkakan pada kaki. Jika x ditangani…urat kaki akan bengkak macam bentuk ULAR dr kaki ke celah kakang kita….dipanggil VERICOSE VEIN.
5.Kesan samping obat.
Bnyak ubat menyebabkan kaki bengkak di antaranya ubat diabetis, ubat antiinflamasi non-steroid, obat antidepresan, ubat steroid, ubat untuk tekanan darah, dan penggunaan alat kontrasepsi oral...
C. Tips Mengatasi Kaki Bengkak.
1. Turunkan berat badan jika berlebihan.
2. Tuam dgn ais batu yang dibalut kain.
3. Anda blh baring & angkat kaki ke atas.
4. Kurangi mknn garam.
5. Gunakan compress stoking.
6. Hindari terlalu lama berdiri atau duk terlalu lama.
7. Bersukan & olahraga ringan yang menggerakkan kaki.
8. Hindari memakai pakaian yang terlalu ketat, terutama pada bagian paha.
**Jika dengan cara-cara tersebut kaki Anda x baik tpi bertambah parah, Anda konsult doctor anda untk nasihat. Doc ingatkan…JANGAN BIAR MELARAT baru nak berubat!!
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iL78yd
via IFTTT