Sunday 24 January 2021

Terkini! Shuk Sahar Digantung Kerja Serta Merta Sebagai Penyampai Radio Hot FM

Susulan kontroversi terpalit Shuk Sahar, pengacara dan pelawak itu digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.

Memetik laporan Sinar Plus, menerusi satu kenyataan media hari ini, pihak pengurusan stesen radio Hot FM telah mengesahkan tindakan tersebut diambil terhadap Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar.

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” katanya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Shuk hangat diperkatakan apabila isterinya Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya di media sosial.

Shuk dan Rossalennah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

Sumber: Rotikaya.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/3iMXuer
via Merah Hati Cintaku