Friday 15 January 2021

PKP Di Seluruh Kelantan Mulai Esok Hingga 26 Januari – Ismail Sabri

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi telah menyatakan bahawa negeri Kelantan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan peningkatan kes positif yang mendadak di negeri Kelantan.

“Sehingga 14 Januari 2021, secara kumulatif sebanyak 1,649 kes positif telah direkodkan di negeri Kelantan. Sejak 10 Januari 2021, purata kes harian meningkat antara 80 hingga 100 kes sehari. Manakala kes aktif turut meningkat mendadak dalam tempoh 14 hari dari 328 kes kepada 891 kes.

“KKM turut mengesahkan 90 peratus daerah di Kelantan kini di dalam zon merah dan jingga. 7 daerah zon merah di Kelantan iaitu Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang, Kuala Krai serta Tanah Merah.

“Manakala 2 daerah adalah zon kuning iaitu Pasir Puteh dan Pasir Mas manakala 1 daerah zon jingga iaitu Jeli. Oleh itu di atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia, sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Kelantan bermula 16 sehingga 26 Januari 2021,” ujarnya.

Sumber: Bernama



from Sehinggit Media https://ift.tt/3nO3Z1o
via Merah Hati Cintaku