Muncung pesawat, badan pesawat berwarna biru merah, serpihan tayar sehingga ke bahagian ekor Sriwijaya Air SJ 182 dijumpai dalam keadaan hancur berkeping-keping, menurut penyelam yang terlibat di dalam usaha mencari dan menyelamat.
Penyelam yang menjumpai pesawat Sriwijaya Air SJ 182 itu menceritakan ‘pemandangan’ tragis yang dilihat oleh mereka di dasar laut.
Anggota pasukan penyelam Kopaska Tentera Laut Indonesia, Jeneral Marin Edi Tirtayasa berkata, mereka menjumpai serpihan pesawat Sriwijaya Air SJ 182 di lokasi menyelam di sekitar Perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.
Semasa menyelam, Edi melihat serpihan pesawat kecil yang dikatakan hancur berceai secara total.
”Di dalam laut ada serpihan pesawat. Pesawat hancur total,” kata Edi yang ditemui di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta pada Ahad.
Pasukan penyelamat turut dilihat beberapa kali mengangkut potongan bahagian pesawat Sriwijaya Air.
Dalam kejadian pada Sabtu, pesawat malang yang membawa 62 orang penumpang terdiri daripada 12 kru dan 50 penumpang dewasa termasuk tujuh kanak-anak dan tiga bayi dilaporkan terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.
Pesawat terbabit dijadualkan menuju ke bandar Pontianak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta yang membabitkan perjalanan selama kira-kira 90 minit melintasi Laut Jawa.
Namun, kira-kira empat minit berlepas pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.
Sumber: Tribun News via Siakapkeli
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3btvM4O
via IFTTT