Sunday, 24 January 2021

Pernah Ada ‘Sejarah’ Dengan Wanita Sama, Kecik Hyper Act Nasihatkan Syuk Sahar Jadi Matang

Semalam kecoh di media sosial apabila isteri kepada pelawak dan penyampai radio Syuk Sahar mendedahkan bahawa suaminya itu kembali curang dengan seorang wanita bernama Fara Salleh.

Ternyata perkara itu telah menarik perhatian bekas vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Kecik. Kecik atau nama sebenarnya Mohammad Fauzi Kamarudin sebelum ini pernah juga dikaitkan dengan wanita itu dan dia telah didakwa pernah memukul dan tinggal sebumbung bersamanya.

Menerusi ruangan Twitter, Kecik dilihat telah memuat naik satu ciapan yang meminta isteri Syuk iaitu Rossalenna Natassyiah Asshaferah untuk menghadapi ujian perkahwinan itu dengan hati yang tabah dan turut memberi pesanan kepada pelawak itu agar menjadi matang dan tidak memperlakukan isteri dengan sesuka hati.

Terdahulu, Kecik pernah membuat pendedahan bahawa dirinya telah dimanipulasi oleh wanita itu dan menjelaskan bahawa segala apa yang diceritakan itu hanyalah untuk memberi pengajaran kepada orang ramai di luar sana.

Sumber: https://beautifulnara.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/3c86h9I
via Merah Hati Cintaku