Saturday, 23 January 2021

Isteri Dakwa Dah Cium Kaki Suami Minta Ampun, Tapi Sayang Shuk Masih Curang & Tak Berubah?

Nampaknya kemelut rumah tangga penyampai radio Hot fm, Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar, 34 seakan kembali bergelora.

Sejak pagi tadi isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Seraa telah memuat naik beberapa luahan hati berkenaan suaminya yang didakwa mempunyai hubungan lain dengan wanita sebelum ini yang dikenali sebagai Farah.

Menerusi beberapa muat naik di laman Instagram, Rossalennah mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.

“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami tapi semakin lama diam dia orang semakin menyakitkan hati.

"Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang.

"Dua-dua tak sedar diri buat aku dan anak-anak macam ni... aku dah cukup tabah, cukup sabar tapi kau tak pernah hargai. Kau tinggalkan aku dan anak-anak dekat rumah siang malam tunggu kau!" tulisnya.

Bersama kapsyen tersebut, Rossalennah turut berkongsi beberapa rakaman video dia menerjah sebuah rumah mencari suaminya.

Namun dia mendakwa terpaksa beredar dengan hampa kerana dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.

"Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak. Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak.

"Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak. Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku di mana, ” ujarnya.

Sementara itu, Rossalennah mendakwa dia kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain.

"Kau setiap hari balik menipu aku, kau buat aku dan anak-anak macam tak ada perasaan. Aku dah melutut merayu dengan kau tolong balik pada kami, tapi apa kau buat malam ni?

"Aku sayang kau dan anak-anak, aku tak sanggup berpisah tapi kau hancurkan aku hari demi hari, kau tipu aku hari demi hari... kau tipu aku... aku dah puas menangis.

"Kaki kau pun aku dah cium minta ampun supaya kau balik dengan aku dan anak-anak, esoknya kau buat lagi dan tak ada rasa bersalah pun dalam diri kau, ” katanya.

Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang wanita sekitar Julai tahun lalu.

Sumber: Mstar Online



from Sehinggit Media https://ift.tt/2M192id
via Merah Hati Cintaku