Friday 22 January 2021

"Terima Kasih Tinggal Aku & Anak-Anak" – Isteri Shuk Dedah Suami Kantoi Curang Lagi?

Sebelum ini, penyampai radio dan pelawak, Shuk pernah dihimpit kontroversi apabila dia didakwa berlaku curang dengan isteri

Shuk walau bagaimanapun mengakui kesilapan dan menjelaskan hubungan antara mereka berdua baik-baik sahaja. Terbaru, pelawak ini sekali lagi dikatakan curang apabila isteri sendiri mendedahkan perkara tersebut di Instagram.

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar apabila isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan suaminya kembali curang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Seraa mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan dengan wanita sebelum ini yang dikenali sebagai Farah.

Dalam entri tersebut, turut didedahkan hubungan terlarang suaminya dan Farah dengar menyertakan beberapa video menunjukkan Shuk berada di kediaman wanita itu serta tangkapan perbualan WhatsApp yang dihantar wanita tersebut kepada Seraa.

Kata Seraa lagi, dia turut menerjah ke kediaman wanita berkenaan untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun permintaannya tidak diendahkan.


Lebih pilu, Seraa berkata dikala orang lain sedang tidur, dia berkeliaran mencari suaminya. Katanya lagi, dia sangat sedih kerana Shuk adalah suaminya namun diperlakukan seperti tiada harga diri.

Tidak hanya setakat itu, Seraa turut mendedahkan menerima mesej maki hamun daripada ‘kekasih’ suaminya. Seraa turut kesal kerana dia sudah lama bersabar dengan sikap suaminya namun tidak dihargai.

Dalam satu perkongsian terakhir, Seraa mengatakan dia tidak niat untuk membuka aib suami atau rumah tangganya, namun tidak mahu maruahnya terus dipijak-pijak dan diperbodohkan kerana selama ini dia bertahan demi anak-anak.

Sementara itu, di ruangan komen Instagram Shuk dihujani dengan komen kecaman netizen susulan pendedahan isterinya mengenai kecurangan suaminya itu. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Shuk mengenai pendedahan tersebut.

Sumber: Rotikaya



from Sehinggit Media https://ift.tt/2Y7MbEk
via Merah Hati Cintaku