Friday 15 January 2021

Rakaman Dua Jururawat Seberangi Sungai Demi Tugas Buat Netizen Sebak

Sejak pandemik Covid-19 bermula, tidak dinafikan bahawa frontliner antara pihak yang banyak memberikan jasa mereka dalam mengendalikan kes-kes wabak tersebut. Para frontliner bekerja tanpa cuti sejak musim pkp tahun yang lalu. Baru-baru ini juga, banyak pihak yang sempat merakam aksi dan gelagat mereka dalam menghiburkan pesakit Covid-19 menerusi tempoh rawatan dan kuarantin.

Biarpun begitu, berbeza pula dengan rakaman ini yang dimuat naik oleh sebuah akaun milik @anthraxxxx apabila terdapat dua jururawat yang dilihat ingin ke sebuah perkampungan. Perkara yang lebih menjadi perhatian apabila dua jururawat terbabit terpaksa menyeberangi sebatang sungai dengan hanya bertitikan pokok yang tumbang.

Ternyata, ianya bukan satu perkara yang mudah ditambah pula dengan keadaan struktur pokok tumbang berkenaan. Situasi itu sempat dirakam oleh seorang individu dan disiarkan di laman Tiktok pada asalnya. Setelah melihat keadaan itu, rata-rata warga netizen rasa terharu dan sebak melihat usaha kedua-dua jururawat berkenaan dalam memberikan rawatan kepada orang kampung.

Rakaman yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 2.7 ribu tontonan umum sebaik sahaja dimuat naik pada beberapa jam yang lalu.

Sumber: Himpunan Cerita Lawak



from Sehinggit Media https://ift.tt/2N4HWH7
via Merah Hati Cintaku