Saturday 16 January 2021

"Ni Posing Harimau Kentut Ke?" - Foto Posing 'Melentik' Ameera Khan Jadi Bualan Netizen

Sejak kebelakangan ini keluarga personaliti media sosial, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan menjadi perhatian netizen susulan beberapa isu hangat yang diperkatakan ramai.

Terbaru, ibunya iaitu Datin Noor Kartini dikecam teruk berikutan isu trademark Harimau Menangis. Namun, isu itu mula reda apabila Noor Kartini membatalkan trademark tersebut serta membuat permohonan maaf.

Kali ini, adik kepada Neelofa, Ameera Khan telah menjadi perhatian netizen pula apabila memuat naik gambarnya membongkokkan badan di Instagram.

Bagaimanapun, ada beberapa netizen memberi komen sindiran mengaitkan dengan isu sebelum ini apabila menyamakan gaya tersebut seperti ‘Harimau Menangis’.

Dengan padangan yang agak menggoda, ruangan Instagram Ameera telah dihujani pelbagai komen daripada netizen yang seakan tidak senang dengan gayanya yang kurang manis.

Komen Netizen:

Sebelum ini, keluarga Neelofa menjadi perbualan hangat di media sosial menerusi beberapa isu seperti hubungan percintaan selebriti tersebut dan juga yang terbaru mengenai produk Daging Harimau Menangis. 

Noor Kartini tampil menjelaskan bahawa permohonan itu bukanlah merujuk kepada nama daging ‘Harimau Menangis’ namun hanyalah pada rekaan logo tulisan perkataan itu sahaja.Walaubagaimanapun permohonan itu telah pun ditarik balik.



from Sehinggit Media https://ift.tt/2XK2eI6
via Merah Hati Cintaku