Tuesday 12 January 2021

Suka Hati Guna Plat ‘Bossku’, Remaja Menangis Bila Polis Suruh Cabut

Dek kerana menggunakan nombor plat motosikal tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, seorang remaja lelaki telah didenda oleh pihak polis untuk mencabut kembali stiker tertera ‘Bossku’ berkenaan serta merta. 

Dia yang seperti ketakutan apabila ditahan dan tidak berhenti menangis di sisi kenderaannya, sekaligus membuatkan pihak berkuasa bertambah seronok untuk mengusik.

Suka hati ubah suai nombor plat, tak pasal-pasal meraung kena sakat dengan abang polis

Menerusi video yang berdurasi 1 minit 10 saat tersebut, remaja lelaki itu mula menangis apabila polis menyuruhnya mencabut stiker nombor plat 'Bossku' pada motor kesayangannya.


Apa yang lebih melucukan adalah sebaik saja salah seorang anggota polis berkenaan memeluknya dari belakang, dia dengan serta merta meraung kuat dek kerana sedih dan ketakutan. 


Melihat dia dalam keadaan seperti itu, pihak polis meneruskan lagi misi menyakat remaja lelaki itu dan akhirnya mereka menenangkannya dan berkata "dah, dah. kita kacau je. senyap, senyap."

First time nampak laki nangis sampai macam ni. Kuat menyakat betul abang polis

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan perkongsian yang telah meraih lebih 1 juta tontonan. Selain itu, mereka juga memuji tindakan pihak polis yang menyakat remaja berkenaan dengan tujuan untuk memberi kesedaran.









Sumber: Tiktok jejakasederhana


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XzXUuT
via Merah Hati Cintaku