KHABAR gembira buat pasangan jarak jauh (PJJ) apabila mereka dibenarkan merentas negeri bermula Rabu.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Selasa petang.
Namun katanya, pasangan yang terlibat perlu memohon kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum membuat pergerakan rentas negeri.
"Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) benarkan pasangan suami isteri jarak jauh untuk lakukan perjalanan rentas negeri bagi bertemu keluarga masing masing tapi perlu dapat kebenaran pihak polis.Kebenaran berkuat kuasa esok.
"Bagi pasangan bergejala mereka dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu sebelum pulang," ujarnya.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/36ekz4K
via Merah Hati Cintaku