Tidak dinafikan, setiap wanita pasti mahukan yang terbaik dalam menjalani rumah tangga. Namun jika sudah takdir Allah SWT, yang dirancang pasti tidak akan dapat dikecapi.
Begitulah terjadi kepada aktres cantik, Fatin Afeefa yang telah bercerai dengan suaminya aktor Adam Shahz pada 2017 ketika berusia 23 tahun.
Menurut laporan Kosmo! Online, dugaan yang melanda bahtera perkahwinan mereka telah membuatkan pemilik nama Nur Afifah Shamsudin itu tidak merancang untuk berkahwin lagi.
“Saya tak nak mendirikan rumah tangga. Mungkin buat selama-lamanya. Saya nak berkahwin dengan diri sendiri sahaja,” luahnya.
Dah ‘tutup kilang’
Malah, pelakon filem Tentang Bulan itu juga memberitahu meskipun usianya masih muda tetapi dia tetap tidak mahu berkahwin lagi selain sudah ‘menutup kilang’ iaitu enggan beranak lagi.
Bukan itu sahaja, dia juga menganggap perkahwinan sesuatu yang membuang masa dan malas mahu menjaga hati lelaki.
“Bagi saya perkahwinan semacam membuang masa. Nak jaga hati lelaki lagi.
“Orang yang berkahwin ada yang sebab mereka mahukan anak. Saya sudah mempunyai dua cahaya mata, jadi saya dah ‘tutup kilang’ tidak mahu lagi berumah tangga,” kongsinya.
from Sehinggit Media https://ift.tt/3bSN7EI
via Merah Hati Cintaku