Thursday, 24 October 2019

Kamera Disangkakan Senjata, Kanak-kanak Angkat Tangan Serah Diri


Menjalani rutin harian di negara bergolak sememangnya berdepan dengan pelbagai ancaman musuh sehingga hidup dalam ketakutan sekiranya bertemu pihak yang tidak dikenali.

Pada tahun 2015, gambar dua kanak-kanak perempuan yang menyangka kamera adalah senjata api pernah tular di laman media sosial.

Baru-baru ini, gambar yang dirakam di dua lokasi kem pelarian di Syria dan Jordan itu kembali menjadi perhatian warganet di Twitter.


Ingatkan kamera tu senjata api


Posting berkenaan kelihatan dua kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan cemas dengan mengangkat kedua belah tangan seakan-akan pasrah kerana terpaksa menyerah diri kepada pihak musuh.

Selain menyentuh hati individu yang melihat gambar tersebut, mereka juga meluahkan perasaan sebak apabila kanak-kanak secilik itu sudah tahu untuk mengangkat tangan sekiranya diancam.


Sumber : Twitter via borakdaily.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Ph9UP3
via IFTTT