Seorang wanita di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menuntut cerai kerana suaminya terlalu rajin membantunya membuat kerja-kerja mengemas rumah dan kerap membeli hadiah untuknya.
Wanita berkenaan memberitahu mahkamah syarah di Fujairah bahawa, suami dia tidak pernah bertelagah atau menjerit terhadapnya dan melayaninya dengan baik.
Walaupun hidupnya dilayan dengan penuh kasih sayang, wanita itu menganggap hidupnya seperti neraka kerana suaminya terlalu rasa cinta dan kasih sayang suaminya itu terlalu tinggi, membuatkan dia mengambil keputusan untuk menuntut cerai.
"Saya tersedak dengan cinta dan kasih sayangnya yang melampau. Dia juga membantu saya membersihkan rumah walaupun saya tidak meminta dia untuk berbuat demikian," katanya.
Menurut laporan Khaleej Times, pasangan itu tidak pernah bergaduh dan suaminya tidak pernah meninggikan suara sepanjang perkahwinan mereka.
Apabila si isteri mengadu mengenai berat badan suaminya yang naik, lelaki itu mengambil langkah untuk berdiet dan bersenam sehingga menyebabkan dia mengalami patah kaki.
"Saya teringin hubungan ini seperti pasangan lain yang adakalanya bergaduh, tetapi ianya mustahil kerana suami saya terlalu romantis dan selalu memaafkan saya serta memberi saya hadiah setiap hari," katanya.
Sementara itu, si suami meminta mahkamah menolak permohonan isterinya yang menuntut perceraian darinya.
"Tidak adil untuk menilai perkahwinan dari tahun pertama dan semua orang belajar dari kesilapan mereka.
"Saya selalu berharap dapat menjadi suami yang baik dan sempurna untuk dia," katanya.
Mahkamah memerintahkan kes itu ditangguhkan dan memberi ruang untuk pasangan itu menyelesaikan masalah mereka.
Sumber: Daily Mail via The Reporter
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2N9bnEx
via IFTTT