Monday 28 October 2019

“You Semua Gila Ka, Mak Bapak You Tak Tau Ka”, Viral Video Budak Basikal Lajak Kemalangan, Undang Kemarahan Pengguna Jalan


Seorang pengguna facebook yang menggunakan nama Wani Zura sebentar tadi telah berkongsi satu rakaman video yang memaparkan aktiviti sekumpulan ramaja menunggang basikal secara berbahaya dipercayai basikal lajak, di lebuh raya.

Dengan keadaan jalan yang kelihatan licin, kumpulan remaja berkenaan dilihat berlumba antara satu sama lain sambil diekori oleh sebuah motosikal dipercayai untuk membuka jalan untuk aktiviti basikal lajak dijalankan dengan memberi isyarat kepada pengguna jalan yang lain.

Bagaimanapun, dalam satu selokoh, sebahagian daripada remaja-remaja berkenaan dilihat tidak dapat mengawal kelajuan basikal dan terbabas sehingga salah seorangnya dirakam mengalami kecederaan.


Berdasarkan rakaman tersebut, dapat didengari suara seorang lelaki yang menegur perbuatan bahaya tersebut selain turut mempersoalkan sama ada aktiviti mereka mendapat kebenaran daripada penjaga.


”Kamu semua menyusahkan la. You orang semua gila ka apa. Mak ayah kamu tak ambil tahu ke hah?”, antara butir-butiran percakapan yang didengari daripada video tersebut.

Walaubagaimanapun, lokasi tepat kejadian dan tarikh rakaman itu diambil tidak dapat dipastikan.

Sumber: Wani Zura via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2JpBSED
via IFTTT