Tuesday, 29 October 2019

Peringatan Kepada Ibu Bapa! Selepas Merokok, Jangan Cium Dan Peluk Anak. Ini Sebabnya..


Anda bila lagi nak berhenti,jangan sampai macam saya,menyesal nanti”pesan lelaki yang kini berusia 35 tahun kepada orang ramai setelah anaknya yang berusia 1 tahun 10 hari meninggal dunia akibat terlalu terdedah kepada asap rokok.

Katanya anaknya itu meninggal akibat pneumonia atau radang paru-paru, di usia yang sangat muda tentulah sangat tipis untuk menyelamtkannya.

Kesal berbalut rindu lelaki ini mengisahkan ceritanya tentu untuk mengingatkan kepada orang lain.

Saya adalah bekas perokok tegar selama 18 tahun,anak saya pompuan sangat comel,genap usianya 1 tahun 10 hari dia wafat akibat di jangkiti radang paru paru yang berpunca dari asap rokok yang saya hisap setiap hari.

Saya tidak merokok di sebalahnya,saya merokok jauh dari anak saya meskipun masih duduk di ruangan yang sama.

Lalau bagaimana boleh membahayakan anak? Anak saya terkena racun rokok yang melekat pada baju ketika saya mendukung dan bermain dengannya selepas merokok.

Pengakuan lelaki ini turut mendapat perhatian dari doktor pakar sama ada bau racun rokok yang melekat pada baju berbahaya.

Menurut Dr. Arif orang tua yang merokok di manapun baik dekat atau jauh ia akan tetap berbahaya,terutamanya bagi kanak kanak.

Asap rokok masih berbahaya dalam jarak 10 meter jadi walaupun merokok di luar rumah masih besar kemungkinan asap rokok masuk kedalam rumah.

Racun yang melekat pada baju disebut third hand smoker ,residu racun rokok bahanya sama seperti second hand smoker yang di sebut perokok pasif.


Tentu sangat berbahaya selepas habis merokok kita mendukung anak kita terutama bayi,kalau masuk rumah selepas merokok pastikan anda mandi terlebih dahulu dan menukar baju sebelum bermanja dengan anak. tegasnya.

5 KESAN BAHAYA ASAP ROKOK PADA BAYI DAN ANAK KECIL

Di Malaysia, bilangan perokok masih meningkat walaupun telah bermacam-macam kempen dijalankan. Sumber menyatakan bahawa pada tahun 2013 peratusan perokok meningkat kepada hampir 25% dan ia adalah angka tertinggi sejak Tinjauan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2006.

Berikut adalah antara risiko yang dihidapi oleh bayi yang terdedah kepada asap rokok, walaupun bukan secara ‘direct’.

1. POTENSI KEMATIAN MENGEJUT

Seperti yang dilaporkan oleh The Health Consequence of Tobacco Use, kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan.

Selain itu, bayi dalam kandungan juga berisiko lahir kurang berat badan dan komplikasi lain yang membawa kepada ancaman kesihatan secara kekal.

2. MASALAH SALURAN PERNAFASAN

Bentuk peparu kanak-kanak yang lebih kecil dan masih dalam peringkat perkembangan amat penting untuk dijaga demi mengelakkan masalah jangka masa panjang.

Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin berkata, “Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50.

“Itu bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih daripada orang dewasa,”

Jelasnya lagi, hampir 90% daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paruadalah daripada keluarga yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang perokok.

3. SERANGAN LELAH

Selain faktor genetik dan persekitaran, bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap lelah (asthma) jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.

Walaupun kini terdapat rawatan untuk penyakit lelah, pendedahan kepada asap rokok yang berterusan sebenarnya boleh menyebabkan serangan lelah yang amat serius.

Yang menyedihkan, terdapat kajian mendapati bahawa kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat lelah tidak dapat memberi kesan 100%

4. MENJEJASKAN PERKEMBANGAN IQ ANAK

Menurut data oleh American For Non-Smokers’ Right, kesan asap rokok ‘basi’ ini boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar. Ia dibuktikan dengan skor IQ 2.87 poin lebih rendah berbanding anak kecil yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Selain itu, kajian Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics turut mengaitkan asap rokok sebagai salah satu punca anak yang hiperaktif, ganas, tertekan dan mengalami masalah ADHD (attention deficit hyperactivity disorder), terutamanya di kalangan anak lelaki.

5. PENYAKIT LAIN YANG SERIUS

Selain daripada masalah di atas, banyak lagi penyakit lain yang boleh dihidapi akibat kesan asap rokok.

Antaranya termasuklah jangkitan telinga dan saluran pernafasan, seperti telinga bernanah dan inflamasi pada telinga tengah.

Selain itu, mereka boleh terdedah kepada masalah keradangan paru-paru (bronkitis). Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia di mana kanak-kanak mula mengalami demam, batuk, meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

BETULKAN MENTALITI, AMBIL PEDULI!

Kata Dr Mohd Shaiful Ehsan melalui artikelnya di Malaysian Medical Gazette, “Percaya atau tidak, kita semua adalah perokok…’Perokok ketiga’. Justeru, sila ambil peduli. Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri. Perokok kedua atau pasif pula adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama. Manakala perokok ketiga adalah mereka yang terdedah pada saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua. Sedar atau tidak, hampir semua penghuni dunia kini adalah perokok ketiga.”

Credit : Izzati Najib


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2oq1tWC
via IFTTT