Tuesday 29 October 2019

Berita Tambah Pilu, Isteri Anggota Polis Maut Disahkan Hamil Kembar


Hari ini, media sosial dikejutkan dengan khabar sayu anggota polis dan isterinya maut akibat nahas kemalangan jalan raya dengan sebuah lori di Jalan Syed Putra pagi tadi.

Menurut laporan Bernama, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian pada kira-kira 8 pagi tadi, Muhammad Shakiran yang cedera di perut meninggal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala isterinya yang cedera di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki Muhammad Shakiran dari arah Petaling Jaya menghala ke pusat bandar melanggar bahagian kiri sebuah lori yang berhenti di laluan tengah akibat kesesakan lalu lintas.


Berita sedih itu bertambah pilu apabila mangsa, Nurul Ashikin dikatakan sedang hamil anak kembar hasil bedah siasat yang dijalankan pada petang tadi.

Perkara itu turut disahkan adik-beradik yang menemuui buku pemeriksaan kandungannya didalam beg mangsa.

Kedua-dua mereka meninggalkan seorang anak lelaki berumur 1 tahun 10 bulan.

Sumber: Sinar Harian, Bernama via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2WlUlqK
via IFTTT