Tuesday, 29 October 2019

Makhluk Berkepak "Dark Fea" Dalam Maleficent 2 Adalah POLIP, Sudah Wujud Sebelum Nabi Adam & Akan Keluar Bila Hampir Kiamat


Jika filem pertama memaparkan Maleficent membuat sumpahan terhadap Aurora anak kepada King Stefan kerana kecewa cintanya dipermainkan, sekual kedua pula memaparkan pertarungan antara Maleficent dan Queen Ingrith yang cuba membalas dendam dengan menjadikan perkahwinan Aurora dan Putera Philips sebagai punca untuk membunuh seluruh kaum pari-pari termasuk Maleficent.

Filem penuh aksi ini turut menyaksikan Maleficent ditembak peluru perak, jatuh di laut sebelum diselamatkan oleh Dark Fae yang membawa Maleficent ke kawasan pergunungan. Bangsa Fea ini dlihat mahu membalas dendam terhadap manusia namun masih terdapat makhluk tersebut lakonan Chiwetel Ejiofor yang mengatakan dengan kasih sayang, kita semua boleh berdamai.

Disebalik kita berasa kagum dengan jalan cerita termasuk makhluk berkepak yang dipaparkan oleh pengarah filem ini, sebenarnya di dalam surah Al-Zumar (surah mengenai kesatuan / penyatuan) sudah menceritakan segala-galanya mengenai alam ini, sama ada makhluk halus atau bangsa manusia yang mendiami bumi ciptaan Allah taala ini.

Ayat 46 dalam surah ini membawa maksud :

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hambaMu, mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya”.

Fea adalah Polip, makhluk ciptaan Allah sama seperti matahari dan bulan. Ini jelas menunjukkan pengarah filem ini sudah membuat kajian mendalam mengenai ada di muka bumi ini (termasuk yang tersembunyi) dan dipaparkan dalam bentuk filem (fairy tales) sebagai bahan hiburan masyarakat tanpa kita menyedarinya.

Apa itu bangsa Polip?


Kita mungkin jarang mendengar tentang Polip namun sesetengah masyarakat Barat menggelarnya Phoenix. Kejadian dan asal usul Polip ini sudah dikaji sejak sekian lama, jutaan tahun dahulu.

Seorang pengkaji alam dan pengamal perubatan yang enggan dikenali yang dihubungi REMAJA ONLINE berkata sejarah tentang bangsa Polip ini sudah lama diketahui wujud sebelum wujudnya Nabi Adam A.S ke dunia lagi.


“Kajian mengenai Polip ini sudah dibuat sejak dahulu lagi. Mereka tidak beragama tetapi beriman kepada Allah taala. Sama kewujudan seperti bulan dan matahari yang dicipta Allah taala, Polip juga adalah makhluk Allah namun berkepak. Ia sama seperti digambarkan dalam Maleficent 2 untuk watak Dark Fae tersebut.

“Kulit mereka berwarna putih. Wajahnya menyerupai manusia (agak tampan) dan ada mengatakan kaki mereka berpasang-pasang (kajian tentang berapa pasang kaki ini masih jadi perdebatan).

“Makhluk ini sudah wujud lebih 4,390000 tahun dahulu (dibaca empat juta tiga ratus sembilan puluh ribu tahun dahulu),” katanya.


Di mana tempat tinggal bangsa ini?

Banyak didapati di Benua Australia merentas Lautan Hindi (macam korang tahu Lautan Hindi tiada penghuni yang mendudukinya) hingga ke Laut Mati, Jordan.

Kenapa makhluk ini tinggal di pergunungan dan jauh dari manusia?

Dikatakan jutaan tahun dahulu, makhluk ini melakukan dosa maksiat dan kemudian berasa malu dengan perbuatan mereka sendiri dan kemudiannya membawa diri ke pergunungan dan mendiami kawasan pergunungan jauh dari semua orang) untuk menebus dosa dilakukan.

“Namun dosa maksiat mereka lakukan pada ketika itu tidak sehebat maksiat dilakukan oleh makhluk zaman sekarang iaitu manusia,”katanya memaklumkan kita adalah makhluk akhir zaman yang sudah banyak maksiat berlaku dan semakin banyak tanda-tanda akhir zaman muncul menandakan dunia hampir kiamat.


Bangsa Polip suka merenung bulan

Bangsa ini dikatakan suka merenung bulan namun tentu ramai yang terperanjat kala tahu kenapa perbuatan itu dilakukan?

“Mereka merenung bulan kerana mahu mengira usia sendiri. Jika bulan juga makhluk Allah sama seperti gunung ganang, matahari dan sebagainya, begitulah makhluk ini. Lagi satu bila tiba bulan mengambang menurut kalander hijrah itu menandakan usia mereka bertambah lagi.

Minta dimatikan namun Allah belum izinkan

Kenapa mereka minta Allah matikan tapi belum dizinkan?

Bangsa ini meminta kepada Allah agar dimatikan kerana sudah terlalu lama menyaksikan dunia termasuk semua perbuatan-buatan makhluk khususnya manusia dengan pelbagai ragam sejak jutaan tahun dahulu.

Namun Allah tidak mengizinkan permintaan makhluk Polip ini kerana kerana antara tanda-tanda akhir kiamat terjadi adalah adalah kemunculan makhluk-makhluk berterbangan yang merujuk kepada bangsa Polip ini akan keluar dan tidak lagi bersembunyi seperti sekarang.

Nak jumpa bangsa Polip ini?

Betul ke boleh jumpa bangsa Polip ini dalam mimpi. Boleh, asalkan korang tidur dalam kedaan berwuduk dan bacalah surah Al-Khautar sebanyak 1000 kali dan korang boleh bertemu dalam mimpi dengan bangsa ini. Mereka tak kacau manusia pun tidak seperti jin-jin jahat yang lain.

Apa saja fahaman dan kepercayaan kita, kita wajib mempercayai Allah taala, Tuhan pencipta Alam dan adanya hari kiamat.



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2pY1LVg
via IFTTT