Seorang bayi malang berusia 2 tahun menemui ajal ditangan ibunya sendiri selepas dipaksa minum air secara berterusan, dalam kejadian yang berlaku di Duri Kepa, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, Jumaat lepas.
Menurut laporan Minews, perlakuan berkenaan terbongkar apabila mangsa yang sudah tidak bernyawa dibawa ke hospital oleh ibunya, 20 tahun, untuk menerima rawatan.
Jurucakap polis, AKP Irwandhy Idrus memaklumkan hospital yang curiga dengan keadaan bayi tersebut malang tersebut kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk membuat laporan.
Dalam soal siasat yang dijalankan ke atas ibu mangsa, suspek mengakui telah membunung mangsa dengan cara memaksanya meminum air.
”Suspek mengisi air dalam galon, 19 liter sebelum memaksa mangsa minum dengan hidungnya ditekan dan ditutup oleh suspek,” kata Irwandy.
Pihak polis juga memaklumkan bayi malang itu menderita dipaksa minum air selama 20 minit tanpa henti sehingga tidak sedarkan diri, selain lebihan cecair keluar dari mulut dan badannya kejang.
Suspek turut mengakui bahawa melakukan jenayah tersebut disebabkan mengalami masalah tekanan disebabkan sering diancam akan diceraikan oleh suaminya.
Minews turut melaporkan bahawa bayi malang itu mempunyai kembar.
Selain itu, suspek turut memaklumkan dirinya tertekan kerana mendakwa sering dituduh membeza-membezakan kasih sayang terhadap pasangan kembar tersebut oleh ibu mertuanya sendiri. Ini kerana, ibu mertuanya mendakwa fizikal bayi malang itu lebih kurus berbanding pasangan kembarnya.
Walaupun suspek mengakui menyayangi anaknya dan menyesal dengan perbuatan tersebut, namum pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan fizikal pada mayat mangsa dipercayai akibat didera.
Sumber: Minews via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2JsNOW7
via IFTTT