Friday, 25 October 2019

Lelaki Maut Dirempuh Wanita Mabuk Naik Honda Accord


PULAU PINANG: Seorang pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) maut selepas dirempuh pemandu wanita warga China yang memandu dibawah pengaruh alkohol berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat, Georgetown, di sini.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi Jumaat, mangsa Mohaidin Gani Mohamad, 58, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang memaklumkan, kejadian berlaku ketika Pembantu Kesihatan Awam MBPP itu berhenti di lampu isyarat bersama dua buah lagi kenderaan.

Ketika sedang menungggu, tiba-tiba sebuah Honda Accord dipandu wanita berusia 24 tahun itu merempuh motosikal mangsa dan sebuah lagi motosikal dari arah belakang menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


Polis, katanya, masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Orang ramai dan saksi yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Setakat ini, pihak polis sudah mengambil sampel darah pemandu kereta juga diambil daripada bagi ujian kandungan alkohol dan dadah

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(A) Akta Pengangkutan (APJ) 1987.

Sementara itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menunjukkan kenderaan dipandu wanita itu tidak berhenti ketika melalui lampu isyarat berkenaan sebaliknya merempuh dua motosikal dan sebuah kereta yang sedang berhenti di lorong tengah.


Sumber: Astro Awani, Info Roadblock JPJ/POLIS & cempedakcheese.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Wi16Kq
via IFTTT