Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Begitulah nasib seorang lelaki warga emas berusia dalam lingkungan 70-an yang terpaksa mencari wang demi membayar kos rawatan anak lelakinya yang diserang strok.
Menurut Facebook Penang Kini, warga emas yang dikenali sebagai Mohd Jamal Madar atau Mamu Jamal sangat memerlukan bantuan kewangan untuk membeli barang keperluan anaknya selepas dibenarkan keluar dari hospital kelak.
Menurut Facebook itu lagi, Mamu Jamal kini hanya mampu bekerja sebagai tukang cuci sahaja berikutan umurnya yang sudah lanjut dan tidak mempunyai kudrat yang kuat.
Lebih menyayat hati, isteri dan anak perempuannya telah meninggal dunia akibat menanggung penyakit yang sama.
Justeru, sesiapa yang ingin membantu meringankan beban Mamu Jamal dan anaknya, boleh membuat sumbangan menerusi akaun BSN 0710029000400818 atas nama Mohd Jamal Madar.
Kes ini juga telah dirujuk kepada pihak zakat Pulau Pinang agar bantuan kewangan dan zakat dapat disalurkan.
Sumber: Penang Kini via https://ift.tt/2TP95R3
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Jmu5Yd
via IFTTT