Tak Diberikan MC, Pesakit Meroyan Koyakkan Kad Dan Slip Preskripsi
Satu kes yang menjadi viral hari ini ialah kes seorang pesakit gagal mendapat cuti sakit ataupun MC.
Pesakit berkenaan yang berang setelah gagal mendapatkan MC telah meroyan dan mengoyakkan slip ubat dan juga kad pesakit.
Kisah ini dan gambar bukti slip itu dikoyakkan telah dikongsikan oleh page FB The Dressar & Co.
Ini perkongsiannya:
Dia datang dia cakap cirit-birit. Kita dah prescribed ubat ape semua. Pastu dia mintak MC. Kita pun suruh lah dia ambik spesimen stool, untuk buktikan dia memang cirit birit dan tak layak untuk bekerja.
Sekali dia ambik kad pesakit, dengan prescription silp tu sekali, dia koyak-koyak kan depan muka staff klinik dan buang atas lantai sebagai tanda protes kepada doktor tersebut.
Wahhh. Gengster. This is Malaysia everyone. Kau nak perubahan, tapi kau sendiri tak nak berubah.
Diharap kes ini tidak berulang lagi. Jangan ingat mudah-mudah doktor nak berikan MC. Sila kerja dengan berhemah ye. Jangan nak menipu dan bercuti sahaja. -PENMERAHDOTCOM
The post Tak Diberikan MC, Pesakit Meroyan Koyakkan Kad Dan Slip Preskripsi appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2hOmwMR
via IFTTT