Sunday, 11 December 2016

Tahukah Anda Mengapa Enjin Lori / Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti?

Tahukah Anda Mengapa Enjin Lori / Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti?

lor

Mesti ramai yang perasan kadang-kadang apabila pemandu lori / bas berhenti tepi jalan untuk berhenti di R&R, mereka tak akan matikan enjin.

Pasti yang ramai tertanya-tanya, kenapa tak matikan je?

Ini faktanya yang ramai tak tahu.

ENJIN DIESEL TAK PANAS

Enjin diesel tidak akan panas walau berapa lama pun kita menjalankannya tanpa bergerak (idling).

Ianya hanya berlaku jika ada kebocoran tangki air ataupun minyak enjin tidak mencukupi.

Pernah lori yang dipandu tidak dimatikan enjinnya selama 2 minggu, kerana perjalanan tanpa henti pergi dan balik.

Walaupun sewaktu berhenti samada untuk makan minum atau berehat mahupun tidur, abang lori ni tidak ragu-ragu untuk tidak mematikan enjin kerana berdasarkan pengalaman selama ini, enjin diesel (terutamanya jenis Turbo) amat sensitif jika enjinnya terlalu kerap dihidupkan dan dimatikan.

Malahan telah menjadi amalan pemandu lori selama ini, selepas enjin dihidupkan, pemandu lori akan menunggu sehingga tolok kepanasan (temperature gauge) mencapai tahap suhu bekerja (working temperature) baharulah abang mula bergerak. (kebiasaanya dalam lingkungan 80 darjah celcius).

Begitu juga sewaktu hendak mematikan enjin jenis turbo ini, memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit enjin melahu (idling) barulah dimatikan enjinnya.

Enjin lori ni cc dia besar, silinder banyak, compression tinggi. kombine semua diatas, tentu-tentu enjinnya sgt ketat/berat utk startup/cranking. Setelah tolakcampurkalibahagi, tidak bijak utk cranking start lebih dari sekali/hari. Enjin yang ketat/berat memendekkan hayat starter motor.

SISTEM BRAKE & TEKANAN ANGIN

Untuk pengetahuan, sistem brake dan klac lori-lori besar menggunakan tekanan angin, jika enjin dimatikan, tekanan angin dlm tabung akan berkurang atau habis.

Sebab itu mereka jarang matikan enjin..perlukan masa yang lama utk kompressor isikan angin ke dalam tabung(bergantung jenis lori)..selagi tekanan angin tidak penuh dalam tabung tu, selagi tu lori tidak boleh bergerak, sistem brake dan klac tidak berfungsi.

Kebanyakan lori-lori ni ber-engine diesel. Engine diesel memerlukan heat yang banyak untuk berfungsi dengan baik. Engine diesel yang selalu dimatikan engine (cool off) dan di hidupkan semula (panas) dalam masa yang singkat akan membuat engine “warp” atau bengkok..itu sebab lori tak matikan engine kecuali tidak di gunakan dalam jangka yg panjang (melebihi seminggu) sebab takut engine jadi bengkok.

Bukan sebab susah start.. tapi pasal lori2/bus guna brek angin. jadi bile engine running, presure angin maintain.

Jika diorg stop engine, presure angin akan berkurangan, jadi kena tunggu presure naik baru boleh jalan, setengah jam.

Kalau tak buat demikan agak bahaya sebab tiada brek.

Itulah penjelasan tentang hal ini. -PENMERAHDOTCOM

The post Tahukah Anda Mengapa Enjin Lori / Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti? appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2himCd5
via IFTTT