Thursday, 8 December 2016

Setiap Kali Buka Penyaman Udara Kereta, Mesti Ada Bunyi Bising, 5 Perkara Ini Mungkin Menjadi Puncanya


Ada ketikanya, bila anda menghidupakan enjin kereta, dan ingin memasang penyaman udara, anda seperti mendengar akan ada bunyi yang dikeluarkan, ianya seperti bunyi bergetar, tetapi, anda fikir, mungkin ianya perkara biasa, disebabkan faktor keadaan kereta yang telah lama.

Pemikiran begitu, salah sama sekali, kerana ada juga berlaku, di mana kereta baharu juga mengalami situasi yang sama, bila mana ingin memasang penyaman udara, bunyi yang sama turut berlaku. Adakah situasi ini adalah perkara biasa?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, admin kongsikan menerusi laman Your Mechanic akan 5 punca yang menyebabkan berlakunya bunyi seperti itu terhadap penyaman udara anda. Jom kita lihat apa penyebabnya.



Sistem penyaman udara (AC) yang dimiliki oleh kereta adalah direka untuk membuatkan anda berasa sejuk dan selesa jika keadaaan suhu di sekeliling agak panas. Ianya juga direka untuk beroperasi secara senyap dan tidak mengganggu konsentrasi pemandu. Ia sepatutnya tidak mempunyai bunyi dari sistem penyaman udara yang mana membuktikan ia berfungsi dengan baik. Namun, jika penyaman udara anda mengeluarkan bunyi seperti berdetar, atau bunyi gegaran, kereta anda mungkin mengalami masalah.

Penyaman udara kereta anda, secara teknikalnya beroperasi melalui sistem yang berbeza, dan dipasang pada enjin menggunakan tali sawat serpentin, yang mana memusingkan puli (pulley) pada kompresor AC. Ia kemudiannya, menyebabkan kompresor AC dilekap, atau dinyahlekapkan oleh klac elektromagnet supaya udara dapat disejukkan.

Jika anda menghidupakan penyaman udara, dan ianya mengeluarkan bunyi berdetar, penyaman udara anda mungkin mengalami:



1. Kompresor

Jika kompresor anda sudah mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan, ia akan mula mengeluarkan bunyi berdetar. Sekiranya inginkan lebih kepastian, anda boleh sahaja membuka bonet, dan cuba mendengar dari mana arah bunyi tersebut.

2. Puli

Jika bering puli kompresor mengalami kerosakan, ia akan menyebabkan bunyi seakan bunyi keriut, menderam atau berkiut.



3. Tali Sawat

Penyebab utama tali sawat berbunyi adalah, bila mana tali sawat serpentin yang sudah haus mula untuk teranjak, apabila kompresor melekap, dan sekali gus menyebabkan bunyi bising.

4. Puli Melahu (Idler Pulley)

Antara penyebab lain penyaman udara kereta anda berbunyi adalah, mungkin sahaja berpunca daripada puli melahu, disebabkan kerosakan bering. Ia biasanya akan mengeluarkan bunyi bising apabila kompresor diaktifkan kerana beban ke atas enjin sudah bertambah.



5. Klac Kompresor

Klac kompresor merupakan alat ganti yang lasak, namun jika ianya haus, ia boleh menyebabkan bunyi detar semasa penyaman udara beroperasi. Terdapat penyelesaiannya, iaitu, ada sesetengah kenderaan hanya perlu menggantikan klac sahaja, dan ada juga sesetengah kenderaan memerlukan anda untuk menggantikan klac dan kompresor

Terdapat banyak punca lain yang boleh menyebabkan kereta anda berbunyi, setiap kali menghidupkan penyaman udara. Namun, anda harus ingat, bila mana AC dihidupkan, enjin kereta sedang berada dalam situasi terbeban.

Jadi, beban itu mungkin menyebabkan bunyi detar daripada benda-benda seperti, puli pam, stereng kuasa dan alat-alat ganti yang sudah haus, serta lusuh. Malahan juga, daripada keadaan bonet yang telah longgar juga boleh mengeluarkan bunyi detaran yang disebabkan oleh getaran dihasilkan operasi AC.

Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hoZbxV
via IFTTT