Thursday, 8 December 2016

Ramai Tak Tahu Hujan Punca Warna Kereta Cepat Pudar, Berikut 4 Tips Cuci Kereta Musim Hujan Yang Ramai Jarang Buat


Ramai antara kita tidak tahu sebenarnya air hujan yang terkena kepada kereta kita punca utama warna cat kereta cepat pudar.

Ini kerana air hujan mempunyai asid yang boleh mengakis 'Clear Coat' atau 'Chrome' pada kereta kita, malah sikap kita yang malas cuci kereta kerana musim hujan sebenarnya merupakan satu punca kepada semua ini.

Untuk itu, Facebook EH Motor Sdn Bhd - est 1985 telah berkongsikan 4 tips cuci kereta musim hujan untuk mengelakkan warna kereta cepat pudar.


1) Cuci kereta anda!

Cuci kereta?! Kan hujan… Bila hujan mesti rasa malas nak cuci kereta. Ye lah sebab hujan kan.. nanti kotor semula bila kena air hujan. Rugi je. Baik x payah cuci bila terkenangkan esok mesti hujan lagi. Tapi jangan tewas dengan godaan makhluk itu untuk membuatkan anda lebih malas..!

Sebenarnya air hujan adalah berasid dan boleh mengakis clear coat dan juga cat atau chrome pada kereta. Bukan lah berlaku dengan pantas, tapi tak baik untuk jangka masa panjang. Jadi lepas hujan, elok kita tembak air paip kat kereta untuk bilas air hujan yg melekat lagi.

Kalau tuan empunya kereta tu kena hujan, dah balik rumah mesti nak mandi cepat-cepat kan. Takut nanti demam kata orang tua.. Mcm tu juga kereta. Lepas dah kena hujan, elok dimandikan lagi.

Perkara basic, apa-apa je benda yang kotor, kita mesti bersihkan atau cuci. Betul x?

Bila anda cuci kereta, lagi bagus guna shampoo. Pastikan shampoo yang dikhaskan untuk kereta sahaja ya!. Amaran keras ni!.. Jangan guna sabun cuci baju atau sabun cuci pinggan sudahhh. Hihi~



Logiknya di sini, lepas anda makan nasi dengan tangan, lauk masak lomak cili api tu, cuci tangan tanpa sabun, kan berbeza dengan cuci tangan dengan sabun. Mana lagi bersih dan suci?

2) Wax kereta setiap beberapa bulan.

Tak kisah lah nak guna wax yang mahal atau yang dalam bajet anda. Nak buat DIY beli wax kereta kat Jusco pon boleh je. Janji kita wax kereta tu sebagai protection. Protect dari apa? Wax layer ni tujuan nya untuk protect cat antaranya dari hujan asid. Kotoran pon x mudah lekat pada cat sebab wax ni dah melicinkan permukaan cat. Bila sentuh pon lembut je macam kulit baby lah konon nya.. Very smooth feeling bila dah wax kereta.

Lebihkan sikit kat area yang permukaan rata. Biasanya permukaan rata ni menakung air. Bila dah licin dengan wax nanti, mudah air nak jatuh dan tak bertakung sangat. Maka takde lah ‘watermark’ bila air tu kering nanti.

3) Bersihkan rims dan tayar kereta.

Tembak lah air kat rim dan tayar tu bagi bersih skit. Hujan-hujan ni dengan pasir, lumpur, jangan dibiarkan je. Rims, brake dan disc brake pon perlu dibersihkan selalu. Kalau tembak air pun malas, lagi cepat karat lah benda tu nanti. 2 minggu sekali bersihkan minyak2 yang melekat pada rims, barulah nampak rims berkilat.


4) Lap kereta dengan kain khas untuk kereta.

Gunakan kain microfiber yang lembut untuk lap kereta anda. Microfibre ni ada banyak jenis. Kain lap kaki pon ado. Pilih lah kain yang sesuai. Kain tu kalau dah lama tak guna, dah jadi kain buruk, baik jangan guna lagi. Kain yang lama akan jadi keras dan akan perangkap habuk pasir. Nanti lap kereta akan ada calar2 halus, lagi sakit hati kang.

Siapkan beberapa kain berasingan dan khaskan mengikut tujuan digunakan;

Kain microfibre untuk body kereta.
Kain/span untuk wax body kereta.
Kain untuk rims atau untuk sapu bahan pengilat tayar.
Kain bersih untuk bahagian dalam / interior kereta. 
Kain microfire untuk cermin kereta.

Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2h344zK
via IFTTT