Monday, 5 December 2016

“Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Myanmar” – Tun Mahathir

“Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Myanmar” – Tun Mahathir

tun

Ekoran berlakunya penindasan terhadap etnik Rohingya, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan Malaysia untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar.

Ini sebagai tanda protes dan rasa tidak setuju dengan perbuatan itu.

Jom baca komennya:

“Cadangan saya adalah (Malaysia) perlu memutuskan hubungan diplomatik bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan cara etnik Rohingya dilayan,”

“Saya bertemu dengan seorang jeneral Myanmar pada ketika itu dan membawa beliau ke sini (Malaysia) untuk menunjukkan bagaimana demokrasi berfungsi.

“Itu yang perlu dilakukan oleh kerajaan kerana pada peringkat itu, kita tidak perlu mengadakan tunjuk perasaan di jalanan,”

Tun Mahathir pernah menulis surat dan menghantar wakil bertemu dengan ikon Myanmar, Aung San Suu Kyi ketika ditahan oleh kerajaan junta.

Dalam kenyataan lain, pemimpin pembangkang termasuk  Wan Azizah, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu mendakwa mereka tidak dijemput menghadiri Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang berlangsung di Stadium Titiwangsa pada Ahad.

Menurut Mohamad Sabu, tiada halangan mana mana ahli untuk menyertai perhimpunan tersebut.

The post “Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Myanmar” – Tun Mahathir appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2g24mCZ
via IFTTT