“Kita Ada Persamaan Dari Segi Warna Merah” – Syarikat Red One Tawar Jadi Penaja Utama TRW
Syarikat telekomunikasi Red One Network Sdn Bhd hari ini tampil menyatakan hasrat untuk menjadi penaja utama The Red Warriors.
Ini selepas tiada penaja besar yang berani menghulurkan bantuan kepada kelab bola sepak Kelantan itu.
Red One yang juga merupakan penaja Kelantan sejak 2015 membayangkan kesediaannya untuk menjadi penaja utama.
Syarikat ini akan terus menyumbang bagi memastikan pasukan itu terus dapat bersaing dalam liga domestik.
Bagaimanapun, beliau enggan memberi perincian tentang tajaan itu namun difahamkan ia bakal melibatkan nilai jutaan ringgit.
Ini komen wakil Red One:
“Kita lihat Kafa dalam situasi sukar sekarang.
“Mereka ada bertanya sama ada red One hendak kekal jadi penaja atau tidak.
“Saya rasa hendak taja itu tidak jadi masalah, kita ada persamaan dari segi warna (merah) dan kita sudah dua tahun bersama Kafa.
“Setakat ini, belum ada perbincangan rasmi dengan Kafa tetapi kita bersedia berbincang lebih lanjut, bagaimana red One boleh bantu Kafa pada musim depan,”
“Saya rasa kalau red One betul-betul jadi penaja utama, saya percaya Kelantan akan menjadi sebuah pasukan yang kembali disegani. Di red One, kita mempunyai prinsip apabila berjanji, kita akan tunaikan.
“Sepanjang dua tahun penajaan, kita menjelaskan semua sumbangan dalam bentuk kewangan kepada Kafa, tidak pernah berhutang dan kita akan meneruskan prinsip ini sebaik mungkin,”
“Bagi saya, penajaan untuk sukan, bukan kita yang kena tentukan sama ada pasukan itu perlu menang atau tidak, itu adalah urusan mereka.
“Tujuan kita menyokong adalah untuk mendapatkan publisiti, kalau taja untuk menang, lebih baik kita taja pasukan juara sahaja,”
Tambahnya lagi, nilai tajaan bukanlah menjadi persoalan kerana apa yang penting kedua-dua pihak mendapat keuntungan bersama di sebalik penajaan tersebut. -PENMERAHDOTCOM
The post “Kita Ada Persamaan Dari Segi Warna Merah” – Syarikat Red One Tawar Jadi Penaja Utama TRW appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2hiw7wx
via IFTTT