1. BATUK SERATUS HARI
Ambil akar pokok kemunting cina yang bunganya berwarna putih (bukan warna ungu). Asahkan pada bontot pasu (bubuhkan sedikit air) kemudian asahkan sedikit kemenyan bersamanya. Minum air tersebut 2 kali sehari. Dalam masa 2 atau 3 hari ia akan sembuh.
2. BATUK BIASA (BRONKITIS)
Ambil sepotong cikur sebesar ibu jari dan garam sedikit. Kemudian kunyah-kunyah dan telan airnya. Selepas 5 minit rasa gatal akan hilang.
Tanda-Tanda Batuk Biasa:
- Batuk yang kerap dan diikuti pula oleh pengeluaran kahak yang banyak
- Pernafasan seseorang itu akan terganggu dan menjadi sukar untuk bernafas
- Keadaan batuk (bronkitis) yang berpanjangan boleh menyebabkan lelah dan susut berat badan.
Cara-Cara Mengelak
- Bernafas diudara yang segar dan bersih
- Asap rokok adalah gangguan yang paling utama bagi penghidap batuk ini
- Elakkan dari merokok atau menghidu asap rokok orang lain
3. BATUK REJAN PADA KANAK-KANAK
Batuk ini adalah batuk yang tidak mahu berhenti-henti, biasanya berlaku pada kanak-kanak. Ambil air perahan daun peria dan beri minum pada anak tersebut. Oleh kerana air perahan ini terlalu pahit, kahak-kahak akan keluar. Buatlah berulang kali jika perlu.
4. UBAT BATUK MUJARAB
Makan buah kudu yang sudah masak dengan garam. Gatal-gatal, serak dan batuk akan hilang.
5. BATUK (suara serak/kahak pahit)
Ambil bawang besar 2 biji, buangkan kulitnya dan tumbuk tumbuk atau dimesinkan sehingga hancur. Kemudian tapiskan dan ambil airnya dan minum sekadar 3 sudu besar. Minum 2 kali sehari. Amalkannya 2 hari berturut-turut. - Sehinggit Media
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hdx738
via IFTTT