AKTAU, KAZAKHSTAN - Seorang bayi perempuan maut selepas terkena renjatan elektrik, ketika ibu bapanya meninggalkan dia untuk bermain telefon pintar yang sedang dicas.
Gambar sebahagian anggota badan mangsa yang hangus itu kini tersebar di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang jururawat sebagai amaran akan bahaya mengecas telefon bimbit berhampiran kanak-kanak.
"Jangan tinggalkan bayi anda berhampiran alat pengecas tanpa sebarang pengawasan," kata mereka.
Ibu mangsa yang tidak ingin didedahkan nama berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia tertidur berdekatan dengan mangsa yang sedang bermain dengan kabel pengecas telefon bimbit.
Dia hanya mula curiga bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya selepas beberapa ketika terbangun dan mendapati anaknya tidak bising seperti kebiasaannya. Apabila diperiksa, alangkah terkejutnya dia mendapati anaknya itu sudah tidak bernafas, malah denyutan nadinya juga tiada.
Panik dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus membalut anaknya dalam selimut sebelum bergegas ke hospital.
Malangnya, apabila tiba di hospital, sudah terlambat untuk doktor berbuat apa-apa kerana mangsa telah meninggal dunia.
Doktor mengesahkan mangsa maut akibat renjatan elektrik, berdasarkan kesan terbakar yang boleh dilihat dengan jelas di tangan dan lengan mangsa.
"Kanak-kanak perempuan itu bermain dengan kabel pengecas," kata salah seorang ahli keluarga mangsa.
"Rupa-rupanya dia letak kabel pengecas dalam mulut dan mengunyahnya," sambungnya lagi.
Lapor Mirror, mangsa bermain dan mengunyah kabel pengecas tersebut sehingga terkoyak balutan getah kabel berkenaan menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hie4lF
via IFTTT