Thursday, 22 December 2016

(11 Foto) Nelayan Rusia Jadi Bualan Internet Selepas Dedahkan 'Makhluk-Makhluk Asing' Laut Dalam Yang Ditangkapnya


Satu akaun Twitter seorang nelayan di Rusia menjadi popular selepas dia memuat naik gambar-makhluk-makhluk laut dalam yang berjaya ditangkap olehnya.

Antara foto-foto makhluk aneh yang dikongsi oleh Roman Fedortsov dari Murmansk termasuklah lelabah berkaki lapan kepada ikan yang mempunyai gigi seperti belati.

Menurut Moscow Times, lelaki itu bekerja diatas sebuah bot nelayan di sebuah pelabuhan di utara-barat Rusia dan mula berkongsi penemuan-penemuan menakjubkan itu awal tahun ini.

Antara penemuan-penemuan aneh yang ditemui:


Frilled Shark - seekor jerung yang kelihatan seperti ikan dengan gigi yang menakutkan.


"Kami masih bertelingkah tentang makhluk ini", tulis Fedortsov di gambar satu makhluk yang kelihatan seperti makhluk asing.


Chimaera aneh - ikan yang dikenali sebagai jerung hantu. Mata haiwan ini menyala bila terkena cahaya. Bila di dasar laut dalam yang gelap gelita, matanya kelihatan seolah-olah tenggelam 'mati' kedalam.


Seekor ikan dengan gigi seperti mata belati. Menurut Fedortsov, ikan ini dikenali sebagai black scabbardfish.


Lelabah laut besar berwarna oren yang bersaiz satu tapak tangan manusia.


Ikan aneh yang ditemui ini mempunyai mata yang besar seolah-olah membengkak. Difahamkan ia adalah ikan dari jenis Grenadier.



Biarpun kebanyakan spesis yang ditemui sudah dikenalpasti, namun saintis masih belum dapat mengecam makhluk ini.


Antara haiwan lain yang ditemui


Antara haiwan lain yang ditemui


Antara haiwan lain yang ditemui


Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iiRKIT
via IFTTT