Saturday 3 October 2020

Semakin Meningkat! 317 Kes Baru Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham telah memaklumkan berkenaan perkembangan semasa pandemik Covid-19 di Malaysia.

Setakat jam 12 tengahari, sebanyak 317 kes baharu positif Covid-19 dan ini menjadikan kes tertinggi dilaporkan sejak pandemik tersebut menular dalam negara.

Apa yang lebih membimbangkan adalah kesemua kes tersebut adalah penularan tempatan melibatkan kluster-kluster yang terdapat di seluruh negara.

“Sehingga 3 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 317 kes baharu yang telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,088 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,735 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kesemua 317 kes adalah kes penularan di dalam negara melibatkan 303 warganegara dan 14 bukan warganegara

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat  1 kematian dilaporkan dan terdapat 29 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 4 memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2HTLnOs
via IFTTT